tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
images.jpg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

‚Äč

 jata  selangor  title  

Mukim Bukit Raja : Kampung Padang Jawa


           Kampung Padang Jawa (Petaling) merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak diantara 2 buah bandar iaitu Bandar Klang dan Bandaraya Shah Alam. Jaraknya dari bandar Klang lebih Kurang 8 Km dan dari Shah Alam lebih kurang 5 Km. Kampung ini sangat unik kerana berada di bawah pentadbiran 2 daerah iaitu satu bahagian di bawah pentadbiran Daerah Klang dan sebahagian lagi di bawah pentadbiran Daerah Petaling. Garis sempadan di antara kedua-dua daerah ini terletak di tengah-tengah kampung ini.

           Kampung ini juga istimewa kerana mempunyai 3 jalan masuk ke kampung ini iaitu dari Klang, Shah Alam dan Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway). Kampung Padang Jawa ini merupakan diantara salah sebuah kampung yang tertua di dalam Daerah Klang dan Petaling di mana ia telah wujud sejak tahun 1880. Menyingkap sejarah kewujudan kampung ini (seperti di ceritakan oleh Tuan Haji Mahmud bin Haji Ahmad, bekas Imam Masjid Padang Jawa kepada generasi pemimpin kampung ini) bahawa kampung ini telah wujud kira-kira sekitar tahun 1880. Dua orang beradik yang dikenali dengan nama Tok Mohd, Tahir dan Tok Pakar telah datang ke kampung ini untuk membuka petempatan baru. Mereka berdua berasal dari Kuala Langat (yang dikenali juga sebagai Bandar atau Bandau).

           Pada asalnya kampung ini terbahagi kepada beberapa kawasan kampung. Kawasan - kawasan ini ialah Kampung Berangan (sekarang dikenali sebagai kawasan Jalan Berangan), kawsan Teluk Benta (sekarang dikenali sebagai kawasan Jalan Tengas dan Jalan Mat Raji) dan kawasan Padang Lalang (sekarang dikenali sebagai Sungai Rasa Dalam (Kulon) atau kampung Rimba Jaya. Nama Kampung padang Jawa mula dikenali apabila seorang pendekar yang bernama Wak Kairan telah datang membuka kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai kawasan Rimba Jaya (dahulu sebuah estet). Beliau sangat disanjungi oleh masyarakat setempat dan terkenal dengan kepandaian dalam ilmu persilatan. oleh itu ramai orang yang datang ke kampung ini untuk mempelajari seni mempertahankan diri (silat) kerana ramai guru silat dan pendekar menetap di sini. Sewaktu beliau membuka kawasan baru ini, Wak Kairan menggunakan pengangkutan keretapi untuk berulang alik setiap hari.

           Menurut cerita lagi, Wak Kairan akan turun di satu kawasan lapang di tepi landasan. Kawasan ini
kemudiannya telah dijadikan padang bola (sekarang ini tapak Sekolah Agama Rakyat). Memandangkan keperluan keretapi di kalangan penduduk pada masa itu, maka Wak Kairan telah memohon kepada pihak pemerintah ketika itu (Inggeris) untuk didirikan sebuah stesen keretapi di kawasan ini. Wak Kairan telah mencadangkan nama stesen keretapi ini dengan nama  Stesen Kampung Padang Jawa. Semenjak itu kampung ini terkenal dengan nama tersebut dan sedikit demi sedikit maka lenyaplah nama lama Kampung Berangan, Teluk Benta dan Padang Lalang.

           Kampung Padang Jawa juga mempunyai satu cerita mitos iaitu wujudnya Batu Gajah yang terletak di tengah-tengah Sungai Klang yang merentangi kampung ini. Menurutnya ceritanya, pada suatu ketika terdapat 3 ekor gajah anak beranak yang cuba menyeberangi sungai tersebut. setibanya di pertengahan sungai, ketiga-tiga ekor gajah tersebut telah ditegur oleh Sang Kelembai (tidak diketahui jenis makhluknya) dan dengan tiba-tiba sahaja gajah-gajah tersebut terus menjadi batu. Sejak itu kawasan tersebut telah dikenali dengan nama Batu Gajah (Seksyen 17, shah Alam). Menurut ceritanya lagi, kawasan batu gajah tersebut hanya boleh dilihat jika bulan mengambang penuh di mana batu gajah ini akan kelihatan timbul di tengah-tengah sungai. Ia juga akan kelihatan apabila air sungai surut.

           Sebelum tahun 1960-an, Kampung Padang Jawa merupakan sebuah kawasan pertanian. Oleh itu ia terkenal dengan kawasan dusun buah-buahan dan tangkapan hasil sungai seperti ikan dan udang galah. Pekerjaan utama penduduk pada masa itu ialah sebagai pekebun getah, buruh dan nelayan. Sungai Klang yang merentasi kampung ini menjadi sumber rezeki kepada nelayan dengan hasil tangkapan yang banyak. Di peringkat awal, jumlah penduduk hanya sekitar 300 orang sahaja. Majoriti penduduk kampung ini ialah orang Melayu berketurunan Jawa. Terdapat juga sebilangan penduduk minoriti di kalangan kaum India dan Cina.
           
          Suasana kampung tradisi ini mula berubah dengan pesat apabila revolusi industri melanda persekitaran kampung ini pada tahun 1960-an. Banyak kawasan industri tumbuh di kawasan ini seperti Sungai Rasa, Padang Jawa dan Shah Alam. Penduduk kampung yang terlibat dengan aktiviti pertanian sebelumnya telah bertukar pekerjaan daripada seorang petani dan nelayan kepada pekerja kilang.
           
           Penduduk kampung ini juga semakin bertambah dengan pesat apabila berlaku penghijrahan penduduk dari negeri-negeri di Semenanjung ke kawasan ini. Kampung ini ibarat "lombong emas" kepada pendatang baru kerana suasananya yang sesuai sebagai tempat berehat dan melepaskan penat lelah setelah seharian mencari nafkah hidup. Kampung ini merupakan kawasan penempatan terdekat pada ketika itu dan persekitarannya masih dipenuhi oleh ladang kelapa sawit, pokok kelapa bali dan ladang getah.

          Pentadbiran Kampung Padang Jawa telah bermula sekitar tahun 1975 apabila persempadanan Daerah dilakukan semula bagi menentukan kawasan tadbiran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Shah Alam. Persempadanan kawasan ini telah membahagi kampung ini kepada 2 bahagian. Walau bagaimanapun, Ketua Kampung pada masa itu masih lagi di bawah seorang ketua. pada tahun 1978, Jawatankuasa Kampung Padang Jawa di bawah pentadbiran Daerah Petaling telah diwujudkan dan pengurusi JKKK yang pertama ialah Encik Abdul Hamed bin Saharudin. Beliau telah diwatikahkan sebagai Ketua Kampung pada tahun 1992 sehingga 2007. Mulai 2008 hingga kini Ketua Kampung disandang oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Borhan (PJK).


Kemaskini pada 2016-05-18 10:59:24 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini23
Minggu IniMinggu Ini1593
Bulan LepasBulan Lepas25424
Jumlah PelawatJumlah Pelawat838249
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 838249 Tarikh Kemaskini : 27-03-2019