tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
images.jpg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

Mukim Petaling 1 : Kampung Sri Aman

 

SEJARAH DAN ASAL USUL

 

 

KAMPUNG SRI AMAN, PUCHONG

               Nama asal Kampug ini ialah Kampung Pulasan. Ia dinamakan sedemikian oleh Orang Asli sempena nama pokok pulasan yang terdapat di kampung ini. didiami oleh Orang Asli pada sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an. Lama-kelamaan kampung ini telah bertukar sebutan kepada Kampung Pulas sahaja. Setelah Orang Asli berpindah ke kawasan lain, penempatan baru telah diwujudkan dalam lingkungan awal tahun 1971 oleh pekerja-pekerja lombong dari estet Killing Hall Tin. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penempatan baru ini dibuka dan diusahakan oleh orang Melayu pada tahun 1965. Pada tahun 1987 nama Kampung Pulas telah ditukar kapda nama Kampung Sri Aman oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan penduduk tempatan.
                 

                Di peringkat awal penubuhannya, Kampung Sri Aman dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kampung Sri Aman Hilir dan Kampung Sri Aman Tengah. Walau bangaimanapun, bagi tujuan penyatuan dan perpaduan di kalangan penduduk maka pembahagian kampung ini telah dimansuhkan dan kampung ini dipersetujui unutk dikekalkan dengan nama Kampung Sri Aman sahaja.

                 Di Kampung Sri Aman kebanyakan penduduknya merupakan generasi ketiga dan keempat daripada keturunan generasi awal. Para peneroka awal kampung ini kebanyakan berasal dari Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Mereka ini pula kebanyakan berketurunan jawa dan ada juga yang berketurunan Pelembang.

                 Pada masa lalu, kawasan ini kerap dilanda banjir kerana kedudukannya yang hampir dengan Sungai Klang. Walaubagaimanapun, pembinaan sistem perparitan dan kunci air telah membantu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kampung Sri Aman.


Kemaskini pada 2016-05-18 11:05:55 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini920
Minggu IniMinggu Ini4006
Bulan LepasBulan Lepas27237
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1160301
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1160301 Tarikh Kemaskini : 02-07-2020