tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
WhatsApp_Image_2020-08-05_at_16.13_.50_.jpeg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

           selangorSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

Kampung Kenangan

 

         Kampung ini telah diterokai pada tahun 1960-an oleh pekerja-pekerja kuari batu yang berkerja 
di sekitar kawasan ini dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di peringkat awal pembukaannya, 
hanya terdapat kira-kira 20 buah rumah penduduk sahaja didirikan. Nama Kampung Kenangan diberikan hasil persetujuan penduduk kampung yang bersetuju untuk memberikan nama kampung mereka dengan nama ini.

 


          Pada masa lalu, kawasan belakang kampung ini merukan kawasan paya dan sawah padi. 
Terdapat juga perkampungan Orang Asli yang merupakan penduduk asal disini. Kedatangan orang-orang Melayu yang membuka kawasan disini tidak menimbulkankesan yang kurang baik 
terhadap penduduk asal ini. Malahan hubungan antara penduduk di perkampungan Melayu ini dengan penduduk Orang Asli amat baik dan mesra. Mereka sering berkerjasama dan bersatu-padu terutamanya dalam menguruskan hal-hal kemasyarakatan seperti semasa kenduri kendara yang dijalankan di kampung ini.


         Pada masa kini, penduduk Kampung Kenangan ialah sekitar 300 orang. 
Kampung ini agak unik kerana bersempadan dengan Kampung Sungai Penchala yang berada di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduknya berkerja dengan pihak kerajaan dan swasta dan ada juga yang bekerja sendiri seperti berniaga kedai makan dan bengkel.Sungguhpun terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran pusat bandar, status Kampung Kenangan sebagai kampung Tradisi masih tidak menentu. Ini kerana, kedudukan kampung ini yang dilanda arus pembangunan menyebabkan kampung ini seolah-olah terhimpit oleh projek-projek pembangunan dikawasan sekitarnya.


        Keadaan ini menyebabkan ada dikalangan penduduk kampung yang bimbang nama dan kampung ini hanya akan tinggal “kenanganâ€Ã‚ sahaja pada suatu hari nanti.Disamping itu, walaupun telah wujud sejak tahun 1960-an lagi Kampung Kenangan masih amat kurang dari segi kemudahan asas yang terdapat disini. Sungguhpun bekalan air dan elektrik tidak menjadi masalah kepada penduduk dikampung ini tetapi kemudahan-kemudahan lain seperti surau,dewan masyarakat dan tanah perkuburan tidak disediakan.Bagi anak-anak yang bersekolah mereka terpaksa ke sekolah yang terdapat di persekitaran kawasan ini.


        Untuk menunaikan solat di surau pula, penduduk terpaksa menumpangkan di surau 
Nurul Haq di Kampung Sungai Penchala. Pada masa hadapan, penduduk kampung berharap agar  kampung ini akan terus kekalkan sebagai salah sebuah kampung tradisi diSelangor dan pembangunan infrastuktur kampung ini diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan Negeri.


Kemaskini pada 2016-05-18 11:39:12 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini88
Minggu IniMinggu Ini88
Bulan LepasBulan Lepas77715
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1348317
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1348317 Tarikh Kemaskini : 30-11-2020