tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
WhatsApp_Image_2020-08-05_at_16.13_.50_.jpeg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

           selangorSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

Kampung Sungai Kayu Ara

 

 Kampung Sungai Kayu Ara telah dibuka pada pertengahan tahun 1960-an. Nama kampung ini diambil sempena nama sejenis tumbuhan berbuah iaitu pokok kayu Ara yang terdapat di kawasan tepi sungai. Sehingga kini nama kampung ini telah dikenali sebagai Kampung Sungai Kayu Ara.Kedudukan kampung ini terletak dipinggir Bandar dan kawasan perumahan elit. Lokasinya begitu strategik iaitu kira-kira 10km dari Bandar raya Kuala Lumpur.

 


          Di sebelah utara kampung ini bersempadan dengan kawasan Bandar  Utama, Kampung Sungai Pencala dan One Utama.Disebelah baratnya pula ia bersempadan dengan kawasan Tropicana Golf dan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.Sementara itu, di bahagian selatan kampung ini bersempadan dengan kawasan SS2, Taman Mayang dan Kelana Jaya.Bahagian timur kampung ini pula bersempadan dengan Damansara Jaya, Damansara Utama dan Up-Town.


         Pada asalnya, kampung ini merupakan kawasan setinggan dan lot perumahan seluas 400 ekar. Pada masa kini, kawasan kampung ini dipenuhi oleh rumah kediaman, tanah-tanah lot dan terdapat juga tanah kerajaan dan swasta.Dari segi penduduk, kawasan kampung ini didiami oleh sekitar 20,000 orang penduduk yang terdiri daripada pecahan kaum orang Melayu 10,000 orang, India (5,000), Cina(2,000) dan pendatang Asing (3,000).Jumlah ini memperlihatkan tumpuan penduduk yang begitu pesat di kawasan kampung ini.

           Memandangkan kepesatan pembagunan yang melanda kampung ini, adalah wajar untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk kampung ini kearah yang lebih baik dan sihat. Oleh itu, projek pengindahan kampung dirasakan amat perlu disegerakan bagi mengekalkan imej kampung ini yang terletak  di pinggir Bandar utama. Untuk menjadikan kawasan kampung dalam keadaan yang lebih baik, jalan dan longkang perlu diperbaiki dan dipastikan sentiasa bersih.


         Keadaan jalan dan longkang yang telah banyak rosak dikampung ini perlu segera diperbaiki melalui peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri.Untuk mencantikkan kawasan kampung pula, projek landskap dan menghijaukan kampung  adalah  perlu.Penanaman pokok-pokok bunga dan rumput hiasan perlu ditanam oleh pihak Majlis Perbandaraan. Selain itu, kawasan di sepanjang tepi sungai boleh dicadangkan untuk projek lanskap yang rapi serta dijadikan kawasan riadah untuk penduduk kampung dan orang ramai. Bagi penanaman pokok bunga, kempen menanam pokok bunga perlu dilaksanakan disetiap rumah.


Kemaskini pada 2016-05-18 11:39:18 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini73
Minggu IniMinggu Ini73
Bulan LepasBulan Lepas77715
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1348302
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1348302 Tarikh Kemaskini : 30-11-2020