tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
images.jpg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

Rumah Selangorku


1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

    Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
    Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
    Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
    Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
    Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
    Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
    Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
    Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan
        dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU



2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my


3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:

    Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
    Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    Penyata KWSP (jika ada); dan
    Salinan bil air atau bil elektrik.

4. Berapakah harga rumah ?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.


5. Berapakah keluasan rumah ?

Keluasan rumah adalah diantara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.


6. Dimanakah lokasi rumah yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
 


Kemaskini pada 2016-11-10 17:31:33 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini773
Minggu IniMinggu Ini3859
Bulan LepasBulan Lepas27237
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1160154
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1160154 Tarikh Kemaskini : 02-07-2020