tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
images.jpg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

‚Äč

 jata  selangor  title  

Sejarah Daerah Petaling

 

SEJARAH DAN ASAL USUL

 

 

 

 

Sejarah Ringkas Daerah Petaling

 

 

Latar Belakang Daerah Petaling

 

 

           Daerah Petaling terletak di tengah-tengah Lembah Klang iaitu bersempadankan Daerah Hulu Selangor di bahagaian Utara, Daerah Klang di bahagian Barat, Daerah Gombak dibahagian Timur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bahagian Tenggara, serta Daerah sepang dan daerah Hulu Langat di bahagian Selatan.

           Daerah Petaling juga merupakan sebuah daerah yang termaju di Negeri Selangor. Daerah Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini terletak di tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan status Bandaraya.

           Daerah Petaling mempunyai keluasan kawasan  sejumlah 484.32 km². Petaling Jaya yang merupakan bandar utama mempunyai keluasan kawasan 97.2 km² dan merupakan Bandar terbesar di antara bandar-bandar di Negeri Selangor. Menurut banci 2005, penduduk Daerah Petaling ialah 1,418,700 orang dengan kepadatan 2929.3/km².

          Menurut cerita, pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh kerana banyaknya pokok petaling yang tumbuh, maka tempat itu pun dinamakan Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini pokok petaling ini sudah pupus dan sukar didapati lagi.

          Petempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek unutk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong.

          Perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah ini telah menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong bijih ini. Para pedagang pun mula membina kedai-kedai mereka di Kuala Sungai klang dan Sungai Gombak. Perkembangan aktiviti perlombongan telah memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan Daerah Petaling.

          Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor telah dipisahkan dari Selangor dan bandar ini kemudiannya membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesan daripada pemisahan ini,  Daerah Petaling merangkumi kawasan-kawasan yang disusun semula seperti berikut:

 

  • Sebahagian Mukim Bukit Raja  - Peralihan daripada Daerah Klang.
 
  • Sebahagian Mukim Damansara  - Peralihan daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 
 

         Pada masa kini, daerah ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali dan keadaan ini menyebabkan pentadbiran dan pemantauan keperluan awam di daerah ini telah dibahagi dan diagihkan kepada 3 kawasan Majlis Perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
 


Kemaskini pada 2018-02-23 10:15:16 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini877
Minggu IniMinggu Ini2266
Bulan LepasBulan Lepas29324
Jumlah PelawatJumlah Pelawat734398
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 734398 Tarikh Kemaskini : 21-11-2018