Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

selangorku 

Berita : Ban pecah sering hantui petani setiap kali hujan

Wartawan Utusan Online II 26 April 2017

 
       

KUALA SELANGOR - Risiko ban pecah sering menghantui lebih 160 petani dan petani setiap kali hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang melanda perairan Jeti Assam Jawa/Sungai Bukit Rotan.

 

Lebih membimbangkan, ketiadaan kemudahan kunci air didakwa menjadikan situasi kawasan jeti terbabit semakin teruk ditambah dengan projek kolam udang.

 

Ketua Jeti Nelayan Assam Jawa/Sungai Bukit Rotan, Sulian Abdul Malek, 53, berkata, isu ban pecah sering dibangkitkan kepada pihak berwajib dan pemimpin setempat bagaimanapun masih belum menerima perkembangan positif.

 

Menurutnya, lebih 60 nelayan yang ada di kawasan ini amat menantikan kemudahan kunci air bagi membolehkan aliran sungai tidak sebu dan memudahkan nelayan ke laut.

 

“Untuk makluman, kawasan ini tiada kemudahan kunci air disebabkan alasan tiada muara sungai yang luas tapi bagi nelayan, jika kunci air diwujudkan mungkin aliran sungai dapat diluaskan.

 

“Ini kerana sisa kumbahan projek kilang udang pun dibuang ke parit dan bila hujan lebat, air laut melimpah masuk ke dalam kawasan kampung,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Katanya lagi, ban pecah juga menyumbang kepada limpahan air setiap kali hujan lebat dan fenomena air pasang besar sehingga menjejaskan tanaman serai dan sayuran petani.

 

“Ban terhakis disebabkan projek kolam udang dan dulu, pengusaha kolam udang yang selenggara ban tapi sekarang, ban yang ada terhakis. Jadi, bila air melimpah, jalan nak ke jeti dinaiki air.

 

“Jalan ke jeti pun masih tanah merah tak macam jeti tempat lain yang diturap cantik…tak tahulah kenapa kami dianaktirikan dan terpinggir dari bentuk kemudahan.

 

“Kunci air paling dekat pun di Kuala Selangor dan Sungai Buloh…kalau diwujudkan satu di kawasan ni, mungkin ramai nelayan boleh terus turun ke laut tak perlu nak pergi jeti lain,” katanya.

 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam berkata, pihaknya sedia maklum dengan keluhan nelayan di kawasan jeti terbabit yang berdepan risiko ban pecah.

 

“Saya pun sudah melawat kawasan dan bertemu nelayan setempat bagi mendalami masalah mereka yang kebanyakannya memohon untuk mewujudkan sebuah kunci air.

 

“Walaupun bidang kuasa tanah di bawah pentadbiran kerajaan negeri namun saya sudah panjangkan kepada pihak berwajib supaya isu ini dapat diberikan perhatian segera.

 

“Kalau boleh, permohonan untuk bina kunci air dapat disegerakan supaya sekiranya berlaku hujan lebat dan air pasang besar, risiko limpahan air dapat dikurangkan.

 

“Sudah menjadi harapan saya supaya isu ini diberikan perhatian dan keutamaan agensi berkaitan dan kerajaan negeri bagi membantu nelayan di Assam Jawa,” katanya.

 

                                             Ban pecah sering hantui petani setiap kali hujan

 

 

                                          

        

Kemaskini pada 2017-05-02 12:50:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel[at]selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008