Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

selangorku 

Berita : Bimbang mendapan makin besar

Wartawan Utusan Online II 13 Februari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR – Bimbang isu mendapan bangunan sekolah semakin serius, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor memohon pihak berwajib mengambil tindakan segera.

 

Yang Dipertua PIBG, Sarifudin Md Yusof berkata, pihaknya cukup bimbang dengan status bangunan sekolah terbabit yang didakwa berlaku keretakan serius di sekeliling bangunan.

 

Menurutnya, jika sebelum ini dewan sekolah terbabit disahkan tidak selamat dan ditutup buat sementara waktu menyebabkan pihaknya khuatir bangunan sekolah terbabit juga tidak selamat.

“Kalau sebelum ini bila isu dipanjangkan kepada pihak berwajib mengenai isu dewan saja, barulah ada pihak datang buat siasatan dan sahkan bangunan dewan tak selamat.

 

“Sepatutnya pemeriksaan sama dibuat di bangunan sekolah lain sebab jelas dan nyata berlaku kerosakan di kawasan longkang dan lubang di bawah bangunan cukup serius,” katanya.

 

Sarifudin juga mohon pihak berwajib mengambil tindakan wajar dengan melakukan pemeriksaan status bangunan sama ada selamat atau tidak demi keselamatan warga sekolah dan pelajar.

 

“Ibu bapa yang datang ke sekolah cukup bimbang bila tengok mendapan serius sedangkan bangunan sekolah ini boleh dikatakan masih baru...sepatutnya mendapan macam ni tak berlaku jika kerja kontraktor berkualiti.

 

“Sekarang ni, saya ada panjangkan surat makluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor untuk pemeriksaan bangunan pentadbiran dan kantin sekolah ini.

 

“Surat sama juga dipanjangkan kepada pemimpin setempat supaya isu ini dapat perhatian semua pihak, kami cukup khuatir jika berlaku insiden tak diingini,” katanya.

 

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Marpuaton Sastero menjelaskan, hanya dewan sekolah setakat ini disahkan tidak selamat untuk digunakan buat sementara waktu.

 

“Isu dewan sekolah ini sudah dapat perhatian kementerian dan PPD juga masih menunggu sejumlah peruntukan untuk baik pulih bangunan dewan itu.

 

“Sebenarnya, yang disahkan tak selamat dewan saja...dan belum terima makluman terkini mengenai bangunan sekolah yang lain juga berdepan masalah mendapan.

 

“Bagaimanapun, PPD akan minta JKR jalankan pemeriksaan keseluruhan bangunan sekolah terbabit supaya dapat beri kelegaan kepada ibu bapa.

 

“Lawatan ke sekolah terbabit juga akan diadakan supaya isu ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

 

Marpuaton menegaskan, PPD sentiasa menekankan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku selepas dewan sekolah terbabit disahkan tidak selamat.

 

“PPD juga minta pihak sekolah pastikan tiada pelajar berada di kawasan dewan demi keselamatan dan sentiasalah berwaspada,” katanya.

 


                                                       Bimbang mendapan makin besar
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-03-28 10:33:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel[at]selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008