Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

selangorku 

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

 

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

 


Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.


1. Penggunaan data di bawah terma ini
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.


2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
    (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
    (ii) Adaptasi data;
    (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
    (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.


3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
    (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
    (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
    (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang
          berikut:
         "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "


4. PENGECUALIAN
    Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
        (i) Data peribadi;
        (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
        (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
        (iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
        (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
        (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
        (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.


5. TIADA JAMINAN
     (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi
         dan liabiliti berhubung data; dan
     (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
          jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan
          secara berterusan.


6. UNDANG-UNDANG
    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 


Kemaskini pada 2016-11-09 09:19:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel[at]selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008