Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

selangorku 

Enakmen Kebebasan Maklumat

 

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.

 

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

 

i. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
 
ii. Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan yang berkenaan bersama-sama bayaran RM12.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Sahaja) iaitu RM 2 untuk fi permohonan dan RM10 untuk deposit fi pemprosesan yang tidak akan dikembalikan;
 
iii. Pegawai Maklumat yang dilantik bagi setiap Jabatan (sebagaimana Senarai Pegawai Maklumat di bawah) akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari  tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan
 
iv Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar baki fi pemprosesan (sekiranya perlu) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan
 
v. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan.

 

(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut) 

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian terus 03-5544 7671 / 7059 atau e-mel siddiq@selangor.gov.my atau balqish@selangor.gov.my

 

 


Kemaskini pada 2016-11-18 12:12:27 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel[at]selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008

Hari IniHari Ini262
Jumlah PelawatJumlah Pelawat255135
Total count : 255135 Tarikh Kemaskini : 18-08-2017