Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

BERITA : ‘Jangan beli pisang curi’

Wartawan Sinar Online II  11 JUN  2019

 
       

TANJONG KARANG - Lebih 70 penanam pisang di tiga kampung di sini mengeluh apabila hasil tanaman mereka sering menjadi sasaran pencuri sejak lima tahun lalu.

 

Penanam pisang di Kampung Parit Serong, Sungai Gulang-Gulang dan Kunci Air Buang itu mendakwa berdepan isu kecurian hasil tanaman yang tidak berkesudahan.

 

Lebih memeranjatkan, hasil tanaman yang dicuri itu dijual kepada pemborong tempatan dengan harga lebih murah berikutan wujud permintaan tinggi dalam pasaran setempat.

 

Wakil petani, Indra Akmal Misron, 35, mendakwa, kes kecurian yang berlarutan sejak lebih lima tahun itu bagaikan tidak berkesudahan.

 

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat beberapa kali bagaimanapun tiada penyelesaian konkrit bagi menyelesaikan masalah itu.

 

“Kami sudah banyak kali buat laporan polis tapi macam tak ada apa-apa malah kes curi makin menjadi-jadi.“Masa puasa lagilah rancak mereka curi sebab permintaan tinggi. Pantang ditinggalkan sekejap, cepat saja pencuri buat kerja.

 

“Ada curi masa waktu subuh dan lewat petang. Ada juga ambil kesempatan curi masa kami solat Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian.Indra Akmal berkata, terdapat petani sanggup menjadi penunggu dalam kebun walaupun pada pagi raya kerana tidak sanggup hasil pisang dicuri lagi.

 

Katanya, masalah itu menjejaskan sambutan Aidilfitri mereka kerana kerugian dialami mencecah ribuan ringgit.“Mereka curi bukan sedikit tapi bertandan-tandan. Kes terbaru 40 tandan pisang kena sabit dan bawa lari,” katanya.

 

Menurutnya, pihaknya berharap polis peronda dapat masuk kampung dan membuat pemantauan di kawasan kebun penduduk.

 

“Pihak berwajib sewajarnya memantau kedai atau gerai yang menjual pisang curi ini dan kena beri amaran.

 

“Apa yang dikesalkan, mereka beli dengan harga murah tapi jual pada harga pasaran. Dah tahu pisang itu hasil curi tapi masih beli.

 

“Mereka tahu pisang curi tapi masih beli. Itulah masalahnya bila ada kedai pemborong pisang ini ambil untung atas angin,” katanya.

 

Pernah tangkap tapi terlepas

 

Seorang lagi petani, Mohammad Amirul Dasuki, 25, yang mengusahakan tanaman pisang sejak lima tahun lalu turut berdepan masalah pisang ditanam dikebas.

 

Pisang yang masih muda ditinggalkan pencuri begitu sahaja.“Ada yang pernah kena tangkap tapi lepas sebab tak ada bukti dan kebanyakan mereka yang curi ni penagih dadah jual kepada pemborong tempatan.

 

“Apa yang saya kesalkan, pemborong tu sendiri tahu yang jual tu pencuri tapi boleh beli dengan harga murah sebab nak untung,” katanya.

 

Azahari Marzuki, 54, pula berkata, isu kecurian hasil tanaman pisang ini perlu diberikan perhatian pihak berkaitan.

 

“Kalau kena kebas dek monyet kami tak kisah sangat tapi ni dicuri orang dengan jumlah yang banyak, bukan sedikit kos yang kami keluarkan untuk usahakan tanaman ini.

 

“Harap kes ini dapat diberikan perhatian sewajarnya,” katanya.Harga melonjak punca kecurian menjadi-jadi

 

PENGERUSI Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Serong, Mohammad Sani Shahri tidak menafikan kes kecurian pisang di kampung terbabit. “Kes curi pisang ni memang dah lama berlaku lagi-lagi sejak harga pisang melonjak sejak akhir-akhir ni.

 

“Sebab sebelum ni harga pisang tanduk cuma RM2.50 sekilogram saja tapi sekarang dah hampir RM4 sekilogram,” katanya.

 

Mohammad Sani berkata, penduduk pun turut membangkitkan isu sama kepada jawatankuasa kampung malah sudah membuat laporan polis.

 

“Apa yang boleh petani buat pakat-pakat jaga kebun masing-masing tapi kalau alpa saja mesti kena curi tak kira masa, lebih-lebih masa solat Jumaat.

 

“Bila pisang dah tua, sekelip mata dicuri orang walaupun siang hari. Gigit jari tuan yang menanam tu sebab kena tunggu lapan bulan nak matang,” katanya. Seorang lagi Pengerusi MPKK Kunci Air Buang, Jamshari Kasim, 48, terkilan apabila pencuri yang ditangkap selepas terlibat dalam beberapa kes curi pisang terlepas begitu sahaja.

 

“Dulu petani pernah tangkap dan bawa ke balai tapi boleh terlepas macam tu saja atas alasan bukti tak cukup. Semua tu buat petani kecewa.

 

“Pernah ada kes curi buah duku di Terengganu sampai kena dakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan tegas. Sepatutnya pendekatan sama dibuat macam tu.

 

“Biar pencuri ini terima pengajaran dan jangan ulangi kesilapan. Biar mereka takut dengan undang-undang,” katanya.

 

Beliau berkata, pernah berlaku kes amuk membabitkan petani dengan pemborong yang membeli pisang curi di Tanjong Karang.

 

“Petani sendiri boleh cam pisang kerana ada kesan toreh nombor MyKad yang dibuat pada tandan terbabit.

 

“Dah tanya kenapa masih beli pisang curi tapi alasan diberi tak tahu sedangkan dia kenal siapa yang jual,” katanya kesal.

 


Kemaskini pada 2019-06-11 14:31:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel@selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2018 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008