WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Tiga penuntut patah tangan lori tentera terbalik

Tiga penuntut patah tangan lori tentera terbalik 

Sebuah lori tentera terbabas dan terbalik dalam kejadian di Bukit Jugra, Banting, petang tadi.


28 JANUARI 2020 - BANTING - Tiga penuntut universiti patah tangan manakala beberapa lagi turut cedera dalam kejadian sebuah lori tentera yang membawa kira-kira 30 pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) udara terbabas lalu terbalik ketika menuruni Jalan Bukit Jugra, di sini, petang tadi.

Difahamkan, pegawai PALAPES yang terlibat dalam insiden itu terdiri daripada penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM).

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu turut membabitkan lima anggota tentera udara iaitu jurulatih serta pemandu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas mereka semua selesai menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Bukit Jugra dan dalam perjalanan ke Kem Tentera Udara di Banting Baru.

"Laporan awal mendapati tiga penuntut mengalami patah tangan, seorang patah jari dan beberapa yang lain mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada brek lori yang gagal berfungsi dengan baik dan keadaan selekoh tajam hingga menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas di tebing jalan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 masih dijalankan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2020-01-29 12:08:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini744
Jumlah PelawatJumlah Pelawat818996
Total count : 817996 Tarikh Kemaskini02-06-2020