WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Johan Setia catat IPU sangat tidak sihat

Johan Setia catat IPU sangat tidak sihat


Keadaan jerebu yang semakin teruk ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur hari ini. -Foto Bernama

22 September 2019 : KUALA LUMPUR - Sebanyak 44 kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Johan Setia di Klang, Selangor mengalami kualiti udara sangat tidak sihat petang ini.Bacaan IPU di Johan Setia pada jam 7 malam ini dicatatkan pada 213 iaitu sangat tidak sihat dan menyebabkan 57 sekolah iaitu masing-masing 30 sekolah di Kuala Langat dan 27 di Klang dengan jumlah keseluruhan 68,025 orang murid diarah tutup esok.

Bacaan IPU yang meningkat di beberapa kawasan itu turut menyebabkan enam penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh terpaksa dibatalkan pagi ini disebabkan jerebu sehingga menjejaskan 747 penumpang.

Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Air Asia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, fasa peralihan monsun dijangka bermula Selasa menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya iaitu angin barat daya yang sebelum ini bertiup dari negara jiran ke arah negara ini.

"Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan mulai malam ini atau malam esok negara dijangka menerima angin dari arah timur atau timur laut (angin dari arah timuran) dan ini menyebabkan asap jerebu dari negara jiran dijangka tidak lagi menuju ke negara kita.

"Semasa fasa peralihan monsun, angin dijangka akan bertiup dari beberapa arah, manakala keadaan cuaca yang lebih lembab lazimnya dialami oleh negara ini,” menurut kenyataan itu.Menurut Nadma, operasi pembenihan awan dirancang dilaksanakan lagi minggu depan di negeri-negeri mengalami jerebu di semenanjung bergantung kepada keadaan atmosfera.

Mengenai operasi pemadaman kebakaran gambut di Sri Aman, Sarawak, operasi di darat itu diteruskan oleh bomba dengan bantuan Agensi 
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi lain di peringkat negeri.

“Kebakaran gambut masih lagi berlaku dan kawasan kebakaran bertompok di Sri Aman yang masih terbakar dianggarkan seluas 10 ekar (4.04 hektar).
"APMM hari ini telah melaksanakan pengeboman air di kawasan kebakaran Sri Aman, Sarawak. Operasi ini bersama operasi pemadaman di darat telah meredakan kebakaran di Sri Aman,” kata kenyataan itu.

Operasi pembenihan awan di Sarawak pula ditangguh mulai hari ini kerana keadaan atmosfera dan dijangka tidak perlu diteruskan buat masa ini kerana angin mula bertiup dari timur dan hujan akan turun.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 7 malam ini, kawasan-kawasan yang menunjukkan bacaan IPU tidak sihat ialah Langkawi (117), Sungai Petani (117), Kulim Hi-Tech (129) di Kedah; Seberang Jaya (119), Seberang Perai (115), Minden (159) dan Balik Pulau (176) di Pulau Pinang; Taiping (126), Tasek Ipoh (179), Pegoh Ipoh (153), Seri Manjung (142) di Perak; Batu Muda (143), Cheras (142), Putrajaya (164); Kuala Selangor (173), Petaling Jaya (152), Shah Alam (159), Klang (145) dan Banting (130) di Selangor.

Di Negeri Sembilan, kawasan terbabit ialah Nilai (160), Seremban (141), Port Dickson (129); di Melaka pula melibatkan Alor Gajah (113), Bukit Rambai (112), Bandaraya Melaka (102); Segamat (126), Batu Pahat (106), Larkin (118), Pasir Gudang (121), Pengerang (113), Tangkak (101) di Johor; Di Pahang pula ialah Rompin (124), Temerloh (134), Jerantut (131), Indera Mahkota Kuantan (154) 
dan Balok Baru Kuantan (139); Kemaman (152), Paka (130), Kuala Terengganu (142) di Terengganu, serta di Sarawak membabitkan Miri (103), 
Sri Aman (189), Samarahan (119) dan Kuching (103).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 


Kemaskini pada 2019-09-23 16:02:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini651
Jumlah PelawatJumlah Pelawat818903
Total count : 817903 Tarikh Kemaskini02-06-2020