WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Peniaga buang kulit durian tepi jalan dicekup

Peniaga buang kulit durian tepi jalan dicekup

Peniaga dicekup buang kulit durian di tepi jalan di Bandar Saujana Putra di sini.

19 Jun 2019 - JENJAROM- Seorang peniaga buah bakal berdepan hukuman denda maksimum RM1,000 selain kenderaan miliknya disita selepas dicekup membuang kulit durian di tepi Jalan SP1, Bandar Saujana Putra di sini, malam Isnin lalu.Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab peniaga itu berjaya dihidu anggota penguatkuasa MDKL Cawangan Bandar Saujana Putra yang melakukan intipan bermula jam 8 malam.Menurutnya, anggota penguat kuasa berjaya mencekup dua lelaki menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena itu ketika kedua-duanya leka membuang sisa kulit durian di tepi pada jam 12.40 malam.

“Hasil soal siasat mendapati mereka menjalankan perniagaan durian di kawasan berhampiran tanpa kebenaran MDKL.

“Bagi kesalahan tersebut, peniaga ini dikenakan notis kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (4), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap, Majlis Daerah Kuala Langat 2007,” katanya.

 

Sisa kulit durian yang dibuang di tepi jalan.

Mohamad Zain berkata, barangan jualan dan kenderaan peniaga terbabit disita di bawah Undang-Undang Kecil (21) (1), Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pelupusan dan Pelupusan Sampah-sarap, Majlis Daerah Kuala Langat 2007.Katanya, peniaga terbabit boleh dikenakan denda mahkamah sebanyak RM2,000 dan MDKL sedang mengkaji untuk mengambil tindakan mahkamah seterusnya.“Kami kecewa dengan sikap tamak dan rakus peniaga mengaut keuntungan tanpa memikirkan cara menangani isu pelupusan sampah dengan betul.“Perbuatan terbabit (membuang sampah haram) menyumbang kepada wujudnya lokasi sampah haram dengan lebih berleluasa.“Justeru, MDKL sentiasa menggerakkan anggota penguat puasa setiap hari bagi membuat pemantauan dan berharap kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat mengenai aktiviti sampah haram,” katanya.

 

Kulit durian yang dibuang di tepi jalan.

Terdahulu, beliau berkata, pihak MDKL telah menyediakan tapak perniagaan di Jalan SP1, SP4 dan SP8, Bandar Saujana Putra bagi peniaga yang ingin menjalankan perniagaan buah bermusim.Katanya, peniaga hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan permit bagi menjalankan perniagaan tersebut.

Sumber : Sinar Harian Online
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2019-07-02 16:50:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini321
Jumlah PelawatJumlah Pelawat706732
Total count : 705732 Tarikh Kemaskini22-08-2019