WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Pemandu cedera lori dipandu rempuh lori tangki

Pemandu cedera lori dipandu rempuh lori tangki


Lori dipandu mangsa berusia 22 tahun remuk dalam kejadian Kemalangan di Banting semalam

25 Mei 2019 - BANTING - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila lori dipandunya merempuh sebuah sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 19 Jalan Klang Banting, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan tiga buah lori.

Menurutnya, nahas berlaku apabila sebuah lori berhenti disebabkan kerja-kerja baiki parit sedang dijalankan.

"Proses kerja itu menyebabkan dua lorong menjadi satu.

"Kemudian datang dua lori yang salah satunya dipandu mangsa berusia 22 tahun dari arah belakang telah melanggar lori tangki di hadapannya dan berlaku pelanggaran kecil sebuah lori lagi di hadapan sekali," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan pemandu berusia 22 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Katanya, lori dipandu mangsa juga remuk di bahagian depan.

"Siasatan masih dijalankan termasuk mengesan saksi serta merekod keterangan percakapan pemandu yang terlibat," katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-05-27 09:06:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini218
Jumlah PelawatJumlah Pelawat741229
Total count : 740229 Tarikh Kemaskini18-11-2019