WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Ops Motosikal : Macam-macam hal nak lepas diri punya pasal

Ops Motosikal : Macam-macam hal nak lepas diri punya pasal

Antara pengguna jalan raya yang diperiksa dalam operasi di Kilometer 32 Jalan Klang - Banting, Telok Datok, Banting, hari ini.

7 Mei 2019 - BANTING - Sanggup membuat pusingan secara berbahaya dan melepasi pembahagi jalan semata-mata mahu meloloskan diri daripada ditahan polis.

Itu antara situasi bahaya yang dilakukan sekumpulan lelaki bermotosikal selepas menyedari sekatan jalan raya di Kilometer 32 Jalan Klang - Banting, Telok Datok, di sini, hari ini.

Ops Motosikal bermula jam 9 pagi itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) serta Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Ketika operasi, tiga lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 serta Honda EX5 secara tiba-tiba memandu secara bahaya sebelum membuat pusingan hingga melepasi pembahagi jalan.

Biarpun berjaya meloloskan diri, lagak penunggang terbabit hampir menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi sehingga jam 11 pagi itu telah mengeluarkan 55 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Antara kesalahan adalah tidak mempunyai lesen memandu (16), Lesen Kenderaan Motor (LKM), nombor plat (3), tidak memakai tali pinggan keledar (7) serta lain-lain kesalahan.

"Saman ini dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 50 buah motosikal dan 15 buah kereta," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azizan, kesalahan memandu tanpa lesen adalah antara enam kesalahan utama selain tidak memakai tali pinggang keledar, tiada topi keledar, langgar lampu isyarat serta memotong di garisan berkembar yang mana ia akan dirujuk terus kepada mahkamah.

Tegasnya, kesalahan ini bukan sahaja membahayakan diri, tetapi kepada pemandu lain juga.

"Sudah tentu apabila pemandu tidak mempunyai lesen memandu, mereka juga tidak dilindungi insurans yang berkaitan dengan tuntutan sivil dan sebagainya," katanya.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-05-16 08:31:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini218
Jumlah PelawatJumlah Pelawat741229
Total count : 740229 Tarikh Kemaskini18-11-2019