WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kilang ambil langkah pencegahan

KILANG AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN


Persekitaran dalam Kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd.
 

 

KUALA LANGAT - Pengurusan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd telah mengambil langkah-langkah pembetulan dan pencegahan terhadap aduan yang diterima daripada penduduk Kampung Jenjarom berhubung isu penyebaran bahan cemar dari aktiviti peleburan di kilang berkenaan.


Pengurus Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusianya, Lee Ah Ban berkata, kilang telah beroperasi pada tahun 2014 tanpa sebarang isu alam sekitar sehingga akhir tahun 2017.

Bagaimanapun menurutnya, pada 13 Disember 2017 berlaku kejadian kebakaran di kilang itu sehingga menyebabkan kira-kira 80 peratus kemudahan operasi termasuk 1,200 tan bahan mentah telah musnah.


“Bahan ini termasuk berasaskan plumbum dan asid sulfurik. Dengan bimbingan dan nasihat pakar DOE (Jabatan Alam Sekitar) dari perunding Alam Sekitar kami, Alam Mesra Enviro (M) Sdn Bhd, kami telah mengendalikan dan membuang semua bahan terbakar untuk dilupuskan kepada kontraktor berlesen, Tex Cycle Sdn Bhd.

 

Pakar beri amaran bahaya plumbum

NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana

Pencemaran plumbum: Kerajaan Selangor digesa ambil tindakan segera

“Pakar Insuran Forensik dan Perunding Pemadam Kebakaran juga menasihati untuk reka bentuk pencegahan kebakaran bagi proses pembinaan kilang baru di mana pemasangan dan pentauliahan telah siap sepenuhnya pada penghujung Ogos tahun lalu,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Ah Ban berkata, apabila kilang beroperasi semula pada September 2018, efluen air dan semua hasil pemantauan pelepasan udara yang dijalankan oleh pihak ketiga, berada dalam EQA 1974, bagaimanapun selepas operasi dua bulan iaitu pada November 2018 pihaknya telah menerima aduan awam mengenai asid yang ditemui di perimeter kilang.

“Perunding kami telah terlibat secara langsung untuk mengenal pasti mengapa perkara ini berlaku semasa kesemua hasil sampel efluen menunjukkan tiada petunjuk mengenai air asid tersebut.

 

Notis pemberitahuan kilang tidak beroperasi buat sementara bagi proses penambahbaikan.
Notis pemberitahuan kilang tidak beroperasi buat sementara bagi proses penambahbaikan.
 

“Pada bulan Januari 2018, berdasarkan siri analisis dijalankan oleh perunding kami, isu-isu air berasid di sekeliling perimeter kilang disebabkan oleh bahan pencemaran asid dan plumbum yang telah menyerap ke dalam kawasan kilang semasa dan selepas kejadian kebakaran.

“Bahan-bahan pencemar ini telah mula terapung dan mengalir dalam air bumi, berikutan pada bulan September hingga Januari adalah musim hujan di kawasan Jenjarom. Namun pada Februari 2019, kawalan sementara telah diambil untuk menghentikan pencemaran ini daripada mengalir dengan air bumi ke perimeter kilang,” jelasnya.

Menurutnya, dalam usaha menggali lubang kawalan sedalam dua meter di kawasan sasaran, air tersebut telah pulih dan dialihkan ke kemudahan rawatan air sisa dalaman sebelum dibuang keluar dan semua air bumi di sekeliling perimeter juga dialihkan kembali ke loji rawatan air sisa untuk mengawal penyebaran bahan cemar.

“Sehingga 30 Mac, tidak ada tanda-tanda bahan pencemar keluar di lubang kawalan dan di luar perimeter kilang.

“Sebagai tindak balas terhadap aduan orang ramai, pada Februari hingga Mac 2019, kami mengadakan sesi dialog dan lawatan kilang dengan komuniti awan dan NGO untuk memberikan maklumat yang telus mengenai apa telah berlaku dan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang telah diambil.

“Kami komited untuk terus memantau isu-isu ini sehingga musim hujan seterusnya (September hingga Disember 2019) untuk memastikan kawalan penuh akibat kejadian kebakaran,” katanya.

Berdasarkan mesyuarat dan lawatan tapak dengan agensi berkaitan semalam yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hey Loy Sian telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor dan semua agensi berkaitan untuk melakukan penilaian dan kajian secara menyeluruh berkaitan isu berkenaan dalam tempoh dua minggu.
 

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 

 


Kemaskini pada 2019-04-30 12:55:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini15
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693712
Total count : 692712 Tarikh Kemaskini24-07-2019