WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Menteri minta tempoh dua minggu

MENTERI MINTA TEMPOH DUA MINGGU


Xavier melakukan lawatan mengejut ke Kilang Leoch Accupower di Jenjarom, Kuala Langat, semalam.

 

KUALA LANGAT - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli meminta semua pihak bersabar dalam mencari penyelesaian melibatkan kes sebuah kilang bateri di Jenjarom yang didakwa penduduk kampung dan aktivis alam sekitar menyebabkan pencemaran plumbum.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata, pada masa sama penduduk kampung berkenaan perlu bersabar sementara menunggu isu tersebut diselesaikan oleh pihak kilang, Leoch Accupower (M) Sdn Bhd dan pihak berwajib dalam kerajaan negeri.

“Kita kena bagi peluang dan sedikit masa kepada pengurusan syarikat untuk memperkenalkan kajian dan akan ditentukan dalam masa dua minggu. Saya tak mahu cepatkan proses ini (desak),” katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke kilang berkenaan di Jenjarom, Kuala Langat, semalam.

 

NGO pertikai kilang bateri atas tanah industri sederhana.

"Sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier menyatakan beliau sedia bertemu penduduk Kampung Jenjarom dalam memantau isu berkenaan, dan pada masa sama menasihati penduduk supaya bersabar dan menunggu kajian yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ke atas tahap pencemaran.

 

Penduduk berhimpun di hadapan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, semalam.
Penduduk berhimpun di hadapan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, semalam
.

 

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian telah menetapkan tempoh dua minggu kepada Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan semua agensi berkaitan untuk melakukan kajian terhadap isu tersebut.

“Saya faham penduduk di kawasan ini mempunyai hak mereka sendiri, tetapi beri masa untuk kita buat penilaian dahulu dan apabila laporan kajian telah keluar, kita akan buat keputusan,” katanya.

 

Pada masa sama Xavier menegaskan supaya tidak ada pihak yang tergesa-gesa mencetuskan sebarang isu atau dakwaan terhadap mana-mana syarikat luar negara seperti Leoch Accupower (M) Sdn Bhd itu.

 

Penduduk berhimpun di hadapan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, semalam.

“Kerajaan mengalu-alukan kemunculan industri baharu dan memastikan pelabur luar dapat melabur di negara ini kerana ia akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

 

“Namun, dalam masa sama industri ini perlu ada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, perlu jaga alam sekitar dan ikut syarat yang telah ditetapkan. Apabila mereka mengikut syarat ini, kita bagi peluang untuk mereka beroperasi. PBT juga perlu tegas melakukan penguatkuasaan bagi elakkan sebarang masalah pencemaran berlaku,” katanya.

 

Beliau seterusnya meminta Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk saling bekerjasama agar kilang yang mahu didirikan di mana-mana tapak di daerah itu perlu mendapat kelulusan kedua-dua badan tersebut terlebih dahulu.

 

Penduduk berhimpun di hadapan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, semalam.
Penduduk berhimpun di hadapan kilang Leoch Accupower (M) Sdn Bhd di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, semalam.

“Jangan bila dah siap dibina baru kita nak ambil tindakah terhadap kilang tersebut,” katanya.

 

Semalam, Sinar Siasat melaporkan kira-kira 6,000 penduduk Jenjarom berdepan dengan risiko keracunan plumbum yang didakwa berpunca daripada kilang tersebut sehingga boleh merosakkan otak, jantung dan mengundang maut.

 

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 


Kemaskini pada 2019-04-30 12:46:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019