WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Remaja mati lemas dalam tasik

REMAJA MATI LEMAS DALAM TASIK

 

KUALA LANGAT - Remaja lelaki yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 Jumaat depan ditemui maut selepas lemas di Tasik Taman Desa Kemandol, Jenjarom di sini pagi tadi.

Terdahulu, Muhammad Azzaly Azman, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya dikatakan berenang untuk menyeberangi tasik berkenaan sebelum dia tenggelam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sekitar jam 3.30 petang semalam, mangsa bersama lima rakannya dari Telok Panglima Garang, Sijangkang datang ke tasik Taman Desa Kemandol untum bersiar-siar.

"Satu jam kemudian, mangsa bersama dua rakannya turun mandi di tasik sementara tiga lagi tidak berbuat demikian.

"Bagaimanapun, selepas 30 minit mandi, mangsa dikatakan berenang untuk memyeberangi tasik sebelum dia tenggelam. Susulan itu, dua lagi yang mandi kemudian keluar dari tasik dan meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizan berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi sekitar jam 6.20 petang dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan.

"Pasukan Penyelamat Di Air bomba telah menjumpai mayat mangsa pada jarak 15 meter dari tebing tasik, jam 8.53 pagi tadi," katanya.

Azizan menambah, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dalam air.

 

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 


Kemaskini pada 2019-04-30 11:30:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019