WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Asrama pekerja kotor, busuk

Asrama pekerja kotor, busuk

Bangunan yang dijadikan asrama pekerja asing

 

13 Mac 2019 - KUALA LANGAT - Kotor dan busuk!. Begitu keadaan di asrama dan rumah menempatkan ratusan pekerja asing yang bekerja di kawasan kilang sekitar Telok Panglima Garang, di sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid, berkata, hasil serbuan mengejut dijalankan pihaknya mendapati warga asing terbabit bukan sahaja mendiami bangunan asrama yang kotor malah tidak selamat tanpa ciri keselamatan.

Menurutnya, pihaknya bertindak atas aduan penduduk yang tidak tahan menghidu bau busuk hasil daripada pencemaran bau dari penempatan warga asing tersebut.

Keadaan itu berlaku, dakwanya hasil kerakusan sesetengah pihak mengaut keuntungan sewaan rumah dan bilik kepada warga asing tanpa menitikberatkan aspek kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Sampah yang dibuang terus ke dalam longkang.

"Kami dapati rumah dan asrama dibina di beberapa kawasan di sini menempatkan ratusan pekerja warga asing bekerja di beberapa buah kilang.

"Pekerja ini didapati membuang sampah terus ke dalam longkang hingga tersumbat menyebabkan penempatan mereka terlalu kotor dan menjijikkan dengan lendir berlumut," katanya.

Pemeriksaan mengejut itu turut disertai Ahli Majlis MDKL, Mat Irwan Ismail dan Razali Ahmad, Pengarah Perancangan Pembangunan MDKL, Arpaii Sanat dan Pengarah Penguatkuasa MDKL, Nordilla Yasir.

Mohamad Zain berkata, penempatan terbabit termasuk bangunan dua tingkat dibina atas tanah berstatus pertanian tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Menurutnya, pihaknya mengenalpasti bangunan dibina atas tanah milik individu tanpa mempunyai kemudahan infrastruktur sempurna malah ada bangunan didapati menutup longkang utama di tepi jalan.

Dalam pemeriksaan dijalankan, Mohamad Zain berkata, pihaknya turut kesal ada asrama pekerja dijadikan pusat memproses barangan elektronik.

"Kami percaya barang elektronik ini dibawa pulang dari kilang tempat mereka ini bekerja. Saya terkejut lihat keadaan dalam bilik dipenuhi wayar serta peralatan lain hingga pekerja tidak nampak dan menyedari kehadiran kami.

Ruang dalam asrama dipenuhi barangan elektronik dan wayar

"Saya harap agensi kerajaan di daerah ini teliti semula bangunan ini yang jelas melanggar peraturan.

"Malah diharap semua agensi bertanggungjawab mainkan peranan sepenuhnya bagi memastikan penempatan warga asing ini tidak jadi tempat penyebaran penyakit mahu pun pembuangan sampah, " katanya.

Dalam pada itu, MDKL turut menyita kedai milik warga asing di Jalan Rajawali Telok Panglima Garang di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dari pihak MDKL.

Kedai milik warga asing yang disita

Pemeriksaan mendapati, warga asing terbabit menjual keperluan harian dan bahan masakan kepada pekerja dan menggunakan iklan dalam bahasa ibunda mereka.

"Hasil pemeriksaan dapati kesemua kedai ini tidak memiliki lesen perniagaan daripada MDKL serta dibina di atas rezab longkang dan jalan.

"Selain itu, kedai-kedai ini juga didapati tidak mempamerkan tanda harga makanan selain tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan dengan membiarkan makanan dijual tidak ditutup hingga terdapat lalat dan langau menghurung makanan tersebut," katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 

 


Kemaskini pada 2019-03-15 09:38:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini384
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748957
Total count : 747957 Tarikh Kemaskini09-12-2019