WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Aplikasi Navigasi

Aplikasi Navigasi

Anggota bomba membantu menolak kenderaan milik mangsa yang sesat dalam ladang kelapa sawit semalam

10 Januari 2019 - JENJAROM - Gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi untuk ke lokasi dituju, seorang bidan tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi .
Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.
"Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi itu.
"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut," katanya.
Beliau berkata, wanita tersebut adalah seorang bidan dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Saujana Putra.
"Bidan ni dari Ulu Yam, dia ke Saujana Putra untuk urut pelanggannya. Dia ikut aplikasi penunjuk arah sampai ke dalam ladang sawit selepas itu kereta dia pula sangkut dalam jalan berlumpur.
"Anggota bomba turut bantu keluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam lumpur tanah merah," katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2019-01-22 11:48:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini43
Jumlah PelawatJumlah Pelawat730418
Total count : 729418 Tarikh Kemaskini19-10-2019