WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Lima premis makanan diarah tutup serta merta

Lima premis makanan diarah tutup serta merta


Serbuan dan pemeriksaan membabitkan 10 premis makanan di sekitar Sijangkang dan Telok Panglima Garang.


17 Oktober 2018 - KUALA LANGAT - Lima premis perniagaan makanan diarah menghentikan operasi mereka selama dua minggu berkuatkuasa serta-merta setelah pelbagai kesalahan dikesan ketika Operasi Bersepadu Premis Perniagaan Makanan, hari ini.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Noor Hayati Ibrahim berkata, antara kesalahan dikesan termasuklah keadaan premis yang tidak bersih termasuk bahan mentah dihurung lipas, tiada suntikan Anti Typhoid serta susun atur barang dan suhu peti sejuk tidak menepati piawaian ditetapkan.

Katanya, notis arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan MDKL di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 2009 mengikut Undang-Undang Kecil Establisyment Makanan MDKL 2007 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pengendali Makanan MDKL 2007.

"Kita telah melakukan serbuan dan pemeriksaan membabitkan 10 premis makanan di sekitar Sijangkang dan Telok Panglima Garang.

"Lima daripadanya didapati tidak melakukan kesalahan atau tidak menepati piawaian ditetapkan dan kita telah keluarkan notis arahan penutupan operasi selama dua minggu serta-merta.

“Pemantauan aspek kebersihan menunjukkan premis makanan ini tidak mengikut seperti garis panduan dan langkah kebersihan, manakala persekitaran premis tidak diselia dengan baik,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Hayati berkata kesemua pemilik premis berkenaan juga diarahkan mengambil tindakan sewajarnya terutama mematuhi piawaian ditetapkan sebelum pemeriksaan semula dilakukan.

“Kami beri tempoh selama 14 hari untuk mereka menjalankan kerja pembersihan sebelum pemeriksaan semula, jika didapati benar-benar bersih dan mengikut piawaian ditetapkan barulah mereka boleh kembali beroperasi.

“Namun, jika masih gagal membuat tindakan pembetulan, kita tidak akan benarkan mereka beroperasi dan tidak teragak-agak untuk melanjutkan tempoh penutupan premis,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-10-23 15:42:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini218
Jumlah PelawatJumlah Pelawat741229
Total count : 740229 Tarikh Kemaskini18-11-2019