WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kilang plastik abai pekerja dan kebersihan disita

Kilang plastik abai pekerja dan kebersihan disita 

Anggota penguat kuasa MDKL memeriksa sisa plastik. (Gambar bawah) Antara sisa plastik yang mencemarkan alam sekitar.

BANTING -Tindakan pengusaha kilang plastik haram yang rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk menemui padah apabila premis terbabit diserbu pihak berkuasa.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, bertindak atas aduan pihaknya menyerbu lapan kilang memproses plastik   di sekitar kawasan Seri Cheding dan Telok Panglima Garang.


Operasi dilaksana MDKL melibatkan 91 pegawai turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Serbuan turut disertai Pejabat Daerah Kuala Langat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.

Menurutnya, kesemua pintu masuk kilang dan pelbagai jenis peralatan kilang disita.


Keadaan kilang yang didapati tidak mengikut spesifikasi. (Gambar bawah) Antara peralatan yang disita penguat kuasa MDKL

“Pengusaha dikenakan notis kesalahan di bawah Seksyen 19 (1), Akta 172; Seksyen 70 (13) (c), Akta 133 dan notis kesalahan di bawah Seksyen 70(a), Akta 171.

“Jabatan imigresen menahan 12 pekerja asing masing-masing di Batu 11, Jalan Klang Banting dan Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang. Mereka ditahan di bawah Sub Seksyen (1) Seksyen 40, Ordinan Imigresen 1959,” katanya.

Mohamad Zain berkata, bagi mengelakkan kilang terus beroperasi, JAS meterai 18 buah mesin di bawah Seksyen 38 (1)(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Dalam operasi sama, pihak Kastam DiRaja Malaysia menyita tujuh kotak minuman keras tak berkastam di bawah Akta Kastam 1967.

Pejabat Daerah Kuala Langat pula mengeluarkan Notis 7A, Kanun Tanah Negara ke atas sebuah kilang yang bertempat di Kampung Seri Cheding.

“Saya kecewa apabila terdapat pengusaha dipercayai menjalankan operasi mereka pada waktu malam,”katanya.

“Namun saya ucap terima kasih kepada semua agensi yang membantu dan terlibat dalam operasi kali ini bagi elakkan Kuala Langat tidak menjadi sebuah daerah longgokan sisa plastik,”katanya.

*Sumber : Sinar Harian online


Kemaskini pada 2018-08-13 17:11:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini95
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693792
Total count : 692792 Tarikh Kemaskini24-07-2019