WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

MDKL beri amaran senarai hitam penganjur

MDKL beri amaran senarai hitam penganjur 


MDKL kesal tindakan penganjur yang membiarkan keadaan berhampiran pantai menjadi kotor selepas penganjurkan satu program baru-baru ini.


10 Ogos 2018 - BANTING - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memberi amaran bakal menyenaraihitam penganjur program   yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan selepas diberi kelulusan menganjurkan aktiviti di Pantai Morib.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid, beliau kesal dengan sikap penganjur program yang membiarkan  sampah memenuhi kawasan selepas mengadakan satu program berhampiran pantai itu baru-baru ini.


Menurutnya, melalui kelulusan diberi, pihak MDKL menyatakan beberapa syarat perlu dipatuhi pihak penganjur antaranya memastikan  pantai berada dalam keadaan sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang sampah sarap.

"Tapi malang sekali bila ada masyarakat  tak bertanggungjawab sengaja buang sampah merata-rata di Pantai Morib hingga undang ketidakselesaan  pengunjung selain cemarkan pemandangan pantai itu sendiri.

"Saya ingatkan kepada semua penganjur yang diberi kelulusan anjurkan sebarang aktiviti di Pantai Morib supaya sentiasa patuh syarat ditetapkan sekiranya tak mahu nama mereka di senarai hitamkan dan tindakan keras diambil," katanya.

Beliau berkata rata-rata kemusnahan berlaku ketika ini adalah kerana sikap sesetengah masyarakat yang tidak bertanggung jawab  membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan kesan buruk  bakal berlaku.

"Sikap itu jadi punca kegagalan pelbagai pihak tangani isu lupuskan sampah dengan cara  betul sekali gus faktor utama  menyumbang kepada lokasi sampah haram.

"Sedangkan banyak pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta bertungkus -lumus berusaha bagi pastikan kelestarian alam sekitar kekal terjamin dengan jalankan pelbagai program dan aktiviti dalam daerah ini,"katanya.

Dalam masa itu Mohamad Zain mengajak  masyarakat di daerah ini bersama-sama MDKL untuk memastikan kawasan itu dalam keadaan bersih dan selamat dengan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati ada pihak  tidak bertanggungjawab sengaja membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-08-13 17:08:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019