WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

MDKL serbu kediaman timbul kacau ganggu kepada penduduk

MDKL serbu kediaman timbul kacau ganggu kepada penduduk


Anjing yang ditangkap dalam operasi bersepadu MDKL

11 Julai 2018 - BANTING - Bunyi bising dan bau busuk najis anjing yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk di sebuah pangsapuri di sini menyebabkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) terpaksa menyerbu dan melaksanakan operasi bersepadu di sebuah unit pangsapuri itu.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, bertindak atas maklumat orang awam, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dibantu Unit Vektor dan Penguat kuasa MDKL menyerbu pangsapuri terbabit, Khamis lalu.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemilik masih berdegil memelihara anjing di pangsapuri tersebut meskipun sudah dikenakan Notis Kesalahan pada 21 Mac lalu.

“Pemeliharaan anjing menyebabkan kacau ganggu bunyi dan bau busuk kepada penghuni lain.

“Disebabkan ingkar arahan notis dan tak ada lesen pelihara anjing, Unit Vektor MDKL melakukan tangkapan haiwan itu  di bawah Undang-Undang Kecil Pembiakan Dan Rumah Anjing MDKL 2007 .

Mohamad Zain dalam pada itu berharap, penduduk di daerah ini supaya dapat mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan selain sentiasa menjaga sensitiviti serta keharmonian penduduk di sesuatu kawasan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-07-17 11:30:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini38
Jumlah PelawatJumlah Pelawat692660
Total count : 691660 Tarikh Kemaskini22-07-2019