WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Saksi digesa tampil bantu siasatan

Saksi digesa tampil bantu siasatan


Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian

 

5 Julai 2018 - KUALA LANGAT - Saksi  kemalangan langgar lari di Kilometer 26.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson berhadapan Pusat Perkhidmatan Nissan pada 28 Jun lalu diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, mangsa berkenaan, Cheong Thin Siong, 42, maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


"Mangsa yang merupakan orang kurang siuman telah lari dari Hospital Klang semasa ahli keluarga membawanya untuk menerima rawatan.

"Mangsa juga dikatakan telah berjalan kaki dari Klang menuju ke Morib sebelum terlibat kemalangan tersebut,"katanya.

Menerusi siasatan awal yang dilakukan, Azizan berkata mangsa dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan berikutan terdapat serpihan komponen kenderaan terlibat.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit agar dapat menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0125432994 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-07-17 11:27:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini43
Jumlah PelawatJumlah Pelawat730418
Total count : 729418 Tarikh Kemaskini19-10-2019