WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kes kanak-kanak hilang selesai

Kes kanak-kanak hilang selesai 

Nur Alicia yang hilang ditemui semula, kelmarin.


17 April 2018 - KUALA LANGAT - Misteri kehilangan  seorang kanak-kanak berusia 6 tahun  di Kanchong Darat,di sini, yang tular di media sosial kelmarin terjawab selepas mangsa ditemui di sebuah rumah anak yatim di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, Qaseh Nur Alicia Muhammad Erwan,6, ditemui oleh kakak tirinya yang di sebuah  masjid berhampiran rumah anak yatim berkenaan.


"Ibu mangsa menghantarnya untuk mengikuti latihan bola jaring di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, namun mangsa berjalan keluar dari kawasan sekolah selepas gagal menemui rakan-rakannya.

"Dia tunggu ibunya di masjid itu," katanya,semalam.

Azizan berkata,  mangsa telah dibawa kepada guru sekolah yang juga tenaga pengajar di pusat asnaf itu.

Katanya, mangsa dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan dan telah diserahkan semula kepada ibunya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKKD, Sudirman Ismon berkata,  kes itu dianggap selesai selepas kanak-kanak yang hilang dijumpai semula dalam masa 24 jam.

Katanya, kejadian itu, turut membimbangkan semua pihak terutama pihak sekolah.

“Bagaimanapun, kes ini selesai dan kanak-kanak terbabit telah dibawa pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-04-18 10:40:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini38
Jumlah PelawatJumlah Pelawat692660
Total count : 691660 Tarikh Kemaskini22-07-2019