WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kos sara hidup pengaruhi undi anak muda


Kos sara hidup pengaruhi undi anak muda


Jefrizal, Syazli, Mohd Afiq

 

11 April 2018 - KUALA LANGAT - Faktor kos sara hidup antara sebab undi anak muda menjadi penentu perubahan pada PRU14 nanti.

Demikian antara pendapat yang diberikan oleh beberapa pemimpin muda parti politik di Kuala Langat.


Ketua Pemuda Amanah Kuala Langat, Mohd Syazli Mahmud berkata,  anak muda hari ini perlu berani melakukan perubahan dalam menentukan hala tuju dan masa depan yang lebih membela nasib dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, faktor undi anak muda menjadi penentu perubahan ini kerana cabaran dan kos sara hidup yang semakin membebankan ditanggung oleh rakyat.

“Anak muda juga mahukan pemimpin dan parti yang berintegriti, mengurus tadbir dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, selaku Pengerusi Pemuda BN Parlimen Kuala Langat, sudah pasti beliau mengharapkan pengundi B40 di Kuala Langat dapat membuka mata dan menilai prestasi gerak kerja parti-parti yang membentuk gabungan BN di sini yang tidak putus-putus bergerak mendampingi masyarakat sejak lima tahun dahulu.

Menurutnya, mereka bukanlah bermusim dalam melakukan gerak kerja kerana sentiasa bergerak dengan pelbagai program selain konsep politik khidmat bakti yang diamalkan tidak mengira musim, usia atau bangsa.

“Jadi kita amat optimis bahawa orang muda saluran-saluran B40 kali ini akan memberi sokongan kepada BN.  Sebagai contoh, bila berkata tentang anak muda kita akan melihat sentimen mahasiswa terutama di IPTA dan IPTS kerana mereka adalah representasi serta ikon kepada kumpulan muda ini.

“Kita dapati kecenderungan mereka menyokong BN amat tinggi apatah lagi apabila kebanyakan majlis-majlis perwakilan pelajar (MPP) universiti-universiti dimenangi kumpulan pro-kerajaan,” katanya.

Jefrizal berkata, bagi kawasan Kuala Langat pula, gerak kerja mereka mendampingi kumpulan muda ini juga sangat agresif dan berterusan.

Katanya, peratusan pengundi B40 Kuala Langat amat tinggi iaitu sekitar 47 peratus.

“Kita mahu pengundi muda di Kuala Langat ini supaya yakin dengan perjuangan BN terutama dalam membela nasib orang muda.

“BN adalah pilihan terbaik kerana setiap manifesto yang dibentangkan pasti akan ditunaikan dan ini terbukti BN telah capai 99.4 peratus dari apa yang  dijanjikan pada PRU lalu,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua AMK Kuala Langat, Mohd Afiq Mohd Tuniman mengakui, kehangatan PRU makin terasa malah sangat yakin bahawa undian dari golongan muda ini mampu mengubah senario politik kita.

“Sudah semestinya golongan muda ini menjadi kumpulan fokus setiap parti yang bertanding. Lihat sahaja manifesto kecil parti-parti bertanding juga banyak menumpu khas untuk golongan muda.

“Harapan saya kepada golongan muda yang pertama kali mengundi sedar tentang kepentingan keluar mengundi.

“Mengundi adalah tanggjawab setiap rakyat Malaysia tetapi janganlah kita jadikan perbezaan idoealogi politik untuk bermusuh sesama sendiri,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-04-18 10:37:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019