WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

‘Caj tersebut tidak masuk akal’

‘Caj tersebut tidak masuk akal’ 


Perbezaan kadar cukai tahun 2017 dan 2018.

7 Februari 2018 - KUALA LANGAT -  Beberapa penduduk di Daerah Kuala Langat tampil meluahkan rasa tidak berpuas hati mengenai kadar baharu caj cukai taksiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi tahun 2018.

Seorang penduduk, Ahmad Zaidi Samsudin, 44, dari Taman Pahlawan turut mengakui caj cukai taksiran yang diterimanya turut mencatatkan kenaikan sehingga RM95.70 berbanding anggaran RM60 tahun lalu.

Menurutnya, beliau kecewa dengan cukai pintu yang dikenakan oleh MDKL semakin tinggi sedangkan penyelenggaraan dilakukan tidak sempurna.

“Bagi saya kenaikan tinggi tetapi kerja tak buat, jangan jadikan ini sebagai cara membebankan rakyat,” katanya kepada pemberita di Taman Pahlawan, semalam.

Ahmad Zaidi antara penduduk Selangor yang terkejut dengan kadar cukai itu turut mempertikaikan slogan peduli rakyat kerajaan yang dilaung-laungkan.

Katanya, isu kadar cukai pintu MDKL yang tular di media sosial itu mungkin turut menjejaskan ramai lagi penduduk di daerah ini.

Seorang lagi penduduk, Abdul Talib Jali berkata, beliau mengakui selepas dia menaikkan status mengenai caj cukai taksiran yang didakwa tinggi di laman sosial Facebook pelbagai pihak turut tampil menyatakan pendirian yang sama.

Menurutnya, dia bukan sengaja memberi masalah kepada mana-mana pihak tetapi mahu penjelasan mengapa caj yang sebelum ini hanya RM52.80 untuk tempoh Januari hingga Jun 2017 tetapi kini sudah mencecah RM508.40 setahun.

“Jumlah ini, nampak tidak munasabah selain kadar 11 peratus caj turut dikenakan. Bagaimana dengan penduduk yang berpendapatan rendah terpaksa berdepan dengan masalah yang sama.

"Caj tersebut tidak masuk akal memandangkan kawasan Telok Panglima Garang pada satu ketika dahulu kawasan perkampungan biasa," katanya.


sebahagian penduduk yang berdepan dengan kadar cukai yang tinggi.

Sementara itu, Mohd Jefrizal Jaafar berkata, rungutan penduduk berkenaan sebenarnya perlu diambil peduli memandangkan cukai yang ditunjukkan nampak kenaikan yang ketara.

Katanya, apabila beliau sendiri meneliti beberapa taman di kawasan tersebut memang berlaku kenaikan.

“Saya maklum ia banyak menjejaskan rakyat secara langsung walaupun caj yang tinggi dikenakan jarang dihadapi oleh penduduk. Bagi saya mengapa kenaikan cukai boleh berlaku, adakah disebabkan negeri yang maju,” katanya.

Mohd Jefrizal berkata, dengan kenaikan cukai yang tinggi ini juga menyebabkan penduduk berdepan penyelenggaraan sampah yang tidak bersistematik dan tidak setanding dengan bayaran cukai.

Katanya, beliau mahu perkara yang tular di laman sosial Facebook itu menjadi kesedaran rakyat mengenai caj yang dikenakan.

“Saya yakin penduduk yang berdepan dengan kenaikan harga ini sebenarnya tidak tahan dengan keadaan itu,” katanya mengulas mengenai notis pindaan nilaian beli sewa di Telok Panglima Garang naik berlipat ganda yang tular di laman sosial Facebook.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk (JPP) Zon 4 Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2018-02-08 13:42:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini36
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748446
Total count : 747446 Tarikh Kemaskini08-12-2019