WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Saya lihat ahli keluarga ditetak sebelum api dinyalakan

Saya lihat ahli keluarga ditetak sebelum api dinyalakan 


Kanak-kanak yang terselamat menceritakan detik kejadian melalui satu video yang dirakam jirannya.

13 DIS 2017 - KUALA LANGAT - Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.

Kanak-kanak itu memaklumkan detik-detik kejadian itu melalui satu video yang dirakam oleh jirannya yang berdurasi 1 minit 37 saat selepas kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri.

Dia yang ketika itu menaiki basikal memberitahu, ketika lelaki itu memecah masuk kediaman yang dihuni bersama empat ahli keluarganya, dia mengacukan parang.

"Saya berlari ke tandas bagi menyelamatkan diri dan melihat ahli keluarga saya ditetak sebelum api dinyalakan lelaki itu.

"Saya dengar dia cakap dalam bahasa melayu tetapi mukanya saya tak nampak sebab dia pakai topeng," katanya.

Menurutnya, dia hanya keluar daripada tandas sebaik lelaki itu beredar dengan mengayuh basikal ke kawasan sekitar bagi mendapatkan bantuan jiran.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, dua kanak-kanak termasuk datuk dan nenek maut dalam kebakaran membabitkan kediaman mereka di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, di sini.

Mereka yang maut dikenali Chia Tee Nang, 73, and isteri, Lim Mai Shak, 68, serta dua cucu masing-masing dikenali Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 9.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-12-19 09:33:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini405
Jumlah PelawatJumlah Pelawat692005
Total count : 691005 Tarikh Kemaskini19-07-2019