WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Jom jimat belanja dapur berjaya

Jom jimat belanja dapur berjaya


Program Jom Jimat Belanja Dapur di PPHL PPK Kuala Langat dapat sambutan menggalakkan.

6 Dis 2017 - TELOK PANGLIMA GARANG - Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Telok Panglima Garang menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan barangan segar sempena Jom Jimat Belanja Dapur.

Program tersebut telah dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan berlangsung dengan jayanya.

Ketua Peladang Nita PPK Kuala Langat, Dahlia Tahiri berkata, program tersebut dapat sambutan menggalakkan apabila lebih 10 jenis sayur-sayuran dijual pada harga berpatutan selain menjual pelbagai produk industri kecil sederhana (IKS) Peladangnita di daerah ini.

Menurutnya, program yang memberi impak bagi kebanyakan wanita itu dilihat mampu memberi peluang memilih barangan dapur yang murah daripada pekebun sekitar.

“Bila barangan yang dijual murah, ada permintaan supaya diadakan dengan lebih kerap, sekali gus ia sebagai tarikan baharu untuk pelanggan di sini mendapatkan terus hasil ladang yang segar.

“Saya yakin jualan tersebut membantu meringankan beban harian pembeli disebabkan harga jualan di sini lebih murah,” katanya dalam Program Jom Jimat Belanja Dapur di PPHL PPK Kuala Langat.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau tidak sangka maklum balas yang diterima menggalakkan.

Menurutnya, walaupun ada permintaan untuk diadakan dengan lebih kerap, ia adalah maklum balas yang baik.

“Saya ada terima permintaan di mana pelanggan mahukan stok bekalan sayur dengan kuantiti yang banyak, sekali gus mereka sendiri berpeluang berjumpa dengan penjual atau pengusaha IKS atau pekebun dalam mendapatkan maklumat.

“Keadaan ini membantu menggalakkan pelanggan menambah pendapatan dengan menjadi penjual sekiranya berminat,” katanya yang mengakui kuantiti setiap bekalan hanya sekitar 50 kilogram sahaja.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-12-06 16:36:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini15
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693712
Total count : 692712 Tarikh Kemaskini24-07-2019