WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kesal tindakan lengahkan tandatangan dokumen

Kesal tindakan lengahkan tandatangan dokumen


Khairul Fikril (dua kanan) bersama Ahli Jawatankuasa PeBT Zon 1 menunjukkan salinan laporan polis yang telah dibuat.

17 Okt 2017 - BANTING - Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1 kesal dengan tindakan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sijangkang melengah-lengahkan proses menandatangani sebuah dokumen yang diserahkan ke pejabat tersebut pada 11 Oktober 2017.

Pengerusinya, Khairul Fikril Aziz Kamaruzzaman berkata, beliau terpaksa ke pejabat adun berkenaan selepas dua hari sebelumnya berturut-turut membuat panggilan kepada Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi tetapi masih tiada jawapan.

Menurutnya, sebelum dokumen tersebut dihantar ke pejabat pada 11 Oktober, sekali lagi beliau menghubungi wakil rakyat berkenaan namun tidak berjawab, sehingga beliau berdepan dengan kakitangan  yang memberitahu wakil rakyat itu bakal menandatangani dokumen tersebut pada malamnya dan akan menghubungi nya keesokan harinya.

"Tapi sehingga semalam masih tak ada jawapan, dan saya ke pejabat Ahmad Yunus semula untuk mendapatkan penjelasan.

"Masa tu kerani bertugas memaklumkan YB sudah ambil kertas kerja itu untuk diteliti dan sekali lagi memohon supaya menghubungi YB untuk mendapat tahu bila boleh mengambil semula dokumen, tetapi masih tidak berjawab,"katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat, hari ini.

 

*Sumber : Sinar Harian Online

 


Kemaskini pada 2017-10-19 10:05:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini15
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693712
Total count : 692712 Tarikh Kemaskini24-07-2019