WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Pengedar dadah baru bebas sudah ditahan polis

Pengedar dadah baru bebas sudah ditahan polis

13 okt 2017 - KUALA LANGAT - Seorang pengedar dadah yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara awal tahun ini, merupakan antara 29 individu ditahan dalam Op Sarang Khas yang dijalankan di dua lokasi di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Tanjung Sepat di sini, bersama-sama tujuh individu lain dipercayai penagih dadah.

"Polis telah menemui beberapa bungkusan dadah dipercayai heroin seberat kira-kira 100 gram bersama suspek. Semakan terhadap rekod suspek mendapati dia telah dibebaskan dari penjara Simpang Renggam Januari lepas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek sebelum ini ditahan selama dua tahun di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (kes dadah) dan aktif mengedar dadah sebaik sahaja dilepaskan dari penjara.

Katanya, siasatan turut mendapati suspek bukan sahaja aktif di Kuala Langat, malah di daerah berhampiran seperti Sepang dan Subang Jaya serta mendapat bekalannya (dadah) di Sepang.

Menurut Azizan, operasi bermula 2 pagi hingga 5 petang yang mendapat kerjasama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting), Bukit Aman serta Agensi Antidadah Kebangsaan itu, turut menyerbu kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang dan menahan 21 individu dipercayai penagih dadah.

"Dua kawasan ini merupakan kawasan hotspot di Kuala Langat bagi pengedaran dan penagihan dadah. Semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 59 tahun termasuk seorang wanita.

“Dalam operasi itu, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM1,000 milik semua individu yang ditahan dan merampas sebanyak 40 motosikal yang disyaki terlibat dalam kes kecurian," katanya.

*Sumber : Sinar Harian Online

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. - Bernama


Kemaskini pada 2017-10-16 16:09:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019