WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Konvoi giat tingkat kesedaran wabak denggi

Konvoi giat tingkat kesedaran wabak denggi


Sebahagian peserta Program Jelajah Seluruh Selangor–Inikan Rumah Kita! di Tanjung Sepat.

4 Okt 2017 - JENJARUM - Jabatan Kesihatan negeri melalui Program Jelajah Seluruh Selangor–Inikan Rumah Kita! giat meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan wabak denggi.

Pegawai Perubatan (Epidemiologi/Promosi Kesihatan), Dr Shuaita Mohd Nor@Emran berkata, program itu bertujuan menyalurkan maklumat secara langsung kepada penduduk berhubung langkah pemusnahan dan pencegahan jangkitan demam denggi.

“Program berbentuk roadshow siri kelima yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu ini adalah konvoi kenderaan yang membawa pasukan-pasukan Unit Promosi Kesihatan dari peringkat negeri dan sembilan daerah di negeri Selangor seramai 50 orang.

“Pada tahun ini, program dilancarkan di UiTM Puncak Alam pada 27 September lalu dan singgah di lokasi-lokasi terpilih di setiap daerah bagi menyempurnakan penyaluran maklumat berkaitan pencegahan demam denggi kepada masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam.

Shuaita berkata, konvoi itu tiba di Tesco Extra Jenjarum yang menjadi lokasi pertama daerah Kuala Langat lewat petang 30 September lalu.

“Pasukan konvoi menjalankan aktiviti di dalam pasar raya dan di kawasan komersial Taman Jaromas.

Risalah turut diedarkan kepada pengunjung dan pemilik premis berkaitan demam denggi di samping ubat pembunuh jentik-jentik abate dan penghalau nyamuk.

“Antara maklumat utama yang disampaikan termasuklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk, musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan dapatkan rawatan awal sekiranya demam panas,” katanya.

Beliau berkata, pasukan konvoi meneruskan aktiviti di dua lokasi lagi di daerah ini keesokan hari di Bukit Jugra dan di pasar awam Tanjung Sepat sebelum bergerak ke daerah yang terakhir iaitu Sepang.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-10-09 10:17:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini40
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748450
Total count : 747450 Tarikh Kemaskini08-12-2019