WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Potensi sukan luncur udara

Potensi sukan luncur udara

Mas Ermieyati menunjukkan isyarat bagus selepas berjaya mencuba sukan luncur udara di Bukit Jugra semalam.


26 sept 2017 - KUALA LANGAT - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melihat sukan luncur udara di Bukit Jugra berpotensi dijadikan promosi salah sebuah pusat pelancongan negara.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain Bukit Jugra di Kuala Langat, sebuah lagi kawasan di Kuala Kubu Baru antara tarikan pelancongan di Selangor yang boleh diketengahkan supaya jadi tarikan pelancong luar dalam merasai pengalaman mencuba sukan luncur udara tersebut.

Menurutnya, sudah tiba masanya sukan udara diketengahkan dengan serius sekali gus memohon mereka yang terlibat turut serta bersama kementerian memajukan kawasan berpotensi itu.

“Saya sendiri merasai pengalaman yang menakjubkan dalam mencuba sukan luncur udara semalam, ternyata saya tidak gentar dan akan cuba sekali lagi.

“Memanglah pengalaman luncur udara ni berbeza sebab faktor keadaan. Tapi, saya pasti mereka yang dah cuba faham maksud saya,” katanya selepas menuruni puncak Bukit Jugra ke Dataran Kaki Bukit Jugra dibantu seorang juru paraglider sempena Program Terjun Tendem Paragliding bersama Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Mas Ermieyati berkata, potensi pusat pelancongan yang memberi pengalaman menakjubkan itu dianggap tidak salah diberi fokus dalam membantu menarik pengunjung luar.

Katanya, usaha ini sebagai tarikan apabila ia dapat beri peluang kepada pelancong luar yang tidak berkesempatan mencuba di tempat mereka.

“Sebab tu kita minta mereka bersama-sama kita sekali dengan agensi pelancongan untuk membincangkan promosi yang boleh dilakukan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 nanti.

“Sebelum ini kementerian pernah beri peruntukan RM1.6 juta untuk keperluan membina prasarana di kawasan itu. Cuma selepas ini jika ada keperluan lain boleh dimajukan kepada kementerian,” katanya.

Mengulas mengenai kemudahan tandas yang perlu dibaik pulih, beliau turut mencadangkan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengetengahkan permohonan berkenaan kepada kementerian dalam usaha memberi kemudahan selesa kepada pengunjung.

Katanya, beliau difahamkan kemudahan tandas disediakan di kaki Bukit Jugra hanya boleh digunakan sehingga jam 2 petang dan terdapat sebuah tandas dibina di kaki bukit terbiar cuma perlu diberi perhatian.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati ketika ditemui berkata, pengalaman berdurasi dua ke tiga minit menuruni Bukit Jugra tersebut dianggap sebagai pengalaman tidak boleh dilupakan walaupun berdepan faktor keadaan angin yang mengganggu untuk tidak berada lebih lama di ruang udara.

 

*Sumber : Sinar Harian Online 


Kemaskini pada 2017-09-26 14:12:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini3
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693700
Total count : 692700 Tarikh Kemaskini24-07-2019