WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Besarkan 7 anak dengan gaji RM900 memang tak cukup

Besarkan 7 anak dengan gaji RM900 memang tak cukup

Teck Kwan (dua kiri) bersama wakil kampung turut beramah mesra bersama Hanariza dan sebahagian anak -anaknya.

24 jun 2017 - KUALA LANGAT - "Menjaga tujuh orang anak berumur tiga hingga 20 tahun dengan pendapatan RM900 sebulan memanglah tak cukup, tapi nak buat macam mana, kena jugalah besarkan anak-anak macam orang lain," demikian luahan seorang ibu tunggal, Hanariza Mohd Hussin, 41, di Taman Banting Baru, Kuala Langat.

Menurut Hanariza, walaupun menerima bantuan zakat sebanyak RM500 namun masih tidak mencukupi disebabkan enam daripada tujuh anaknya masih bersekolah.

"Bila menjelang Aidilitri ni, akak gembira sebab terpilih menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta.

"Jadi sedikit sebanyak meringankan beban akak nak membuat persiapan raya nanti, anak-anakpun kecil pasti mengimpikan sambutan raya yang meriah walaupun ala kadar," katanya yang pernah menjalankan perniagaan minuman 'ice blended' di hadapan rumahnya.

Hanariza yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah institusi pendidikan di sini berkata, dia terpaksa berhenti berniaga disebabkan tidak dapat membuat pusingan modal selepas khemah berniaganya rosak.

Katanya, hendak beli khemah yang baharu memang tidak mampu dan menganggap wang yang diperuntukkan untuk membeli khemah lebih baik digunakan untuk perbelanjaan anak -anak.

"Tapi kalau ada pihak nak bantu, akak nak juga sambung berniaga semula, tambah-tambah pendapatan akak sekeluarga," katanya yang merupakan salah seorang daripada 15 penerima bantuan Aidilfitri daripada sebuah syarikat bahan binaandi Kuala Langat.

Pengusahanya, Ang Teck Kwan, 68, berkata, beliau tergerak hati menziarahi 15 keluarga yang kurang berkemampuan sebagai tanda prihatinnya kepada pelanggannya.

Menurutnya, selepas 17 tahun berniaga, tahun ini rezekinya dikongsi bersama masyarakat.

"Saya buat program ini bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi maklum ada insan yang hidup dalam serba kekurangan.

"Lebih terkesan, bila ada pelanggan kami maklum rumah mereka dah rosak, bumbung bocor datang ke tempat saya beli barang gantian, saya terfikir kenapa saya tidak bantu mereka dan sayapun dah kenal pasti rumah yang akan kami bantu dalam aktiviti susulan selepas ini seperti mengecat semula rumah salah seorang penerima yang kami kunjungi," katanya.

Dalam program berkenaan, sebahagian kakitangan syarikat pembekal bahan binaan itu turut hadir bersama pemimpin kampung di setiap kawasan untuk mengagihkan bantuan berupa keperluan makanan dan duit raya kepada ibu tunggal, warga emas dan insan yang memerlukan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-07-03 11:37:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini36
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748446
Total count : 747446 Tarikh Kemaskini08-12-2019