WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Terlalu ‘prihatin’ juga mengganggu

Terlalu ‘prihatin’ juga mengganggu 


Sikap terlalu prihatin pengguna jalan raya menyebabkan kerja membersihkan lokasi kemalangan yang berlaku di Jenjarum terganggu.


6 APRIL 2017 - JENJARUM - Sikap segelintir pemandu yang gemar memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat kemalangan ditegur Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Langat, Mohd Jaslizad Jalil.

Beliau berkata, sikap terlalu prihatin itu tidak dapat membantu mangsa nahas, malah hanya akan menyebabkan kerja-kerja operasi bantuan dan menyelamat terganggu.

"Masyarakat kita ni rata-ratanya selalu sangat nak ambil bahagian sebagai pemerhati. Contohnya seperti kejadian baru-baru ni, seramai tujuh anggota bomba dikerahkan ke Jenjarum untuk bantu kerja-kerja pembersihan jalan akibat kemalangan jalan raya.

"Nahas itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kelisa, treler dan sebuah lori kontena. Apa yang dikesalkan, insiden yang berlaku kira-kira jam 6.41 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hanya kerana ramai pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing," katanya.

Mengulas tentang insiden itu, Mohd Jaslizad berkata, pemandu Perodua Kelisa parah sementara pemandu treler dan lori kontena selamat.

"Anggota kami ditugaskan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain yang tersepit dan seterusnya melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkena. Tetapi, akibat ramai yang memperlahankan kenderaan, ia telah mengganggu kami menyelesaikan tugas," katanya kesal.

Tambahnya, sikap sebegitu tidak perlu sebaliknya pengguna jalan raya terus fokus meneruskan pemanduan dan patuhi arahan pihak polis yang bertugas di tempat kejadian.

"Saya faham, masyarakat Malaysia cakna dan di antara mereka jugalah yang menjadi penyalur maklumat malah tukang beri bantuan kecemasan awal sebelum pihak kami tiba. Namun, dalam beberapa kes melibatkan insiden keselamatan dan nyawa, faktor-faktor lain juga perlu dititik beratkan.

“Secara peribadi saya berpandangan, tindakan memperlahankan kenderaan boleh beri peluang dan ruang berlakunya kemalangan yang baru, selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Apa pun, hubungan masyarakat dan anggota penyelamat terutamanya dengan pihak bomba harap diteruskan bagi membantu menyegerakan bantuan kecemasan,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-04-07 09:57:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini95
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693792
Total count : 692792 Tarikh Kemaskini24-07-2019