WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

‘Tak rugi jadi mata, telinga polis’

‘Tak rugi jadi mata, telinga polis’

Azizan ketika memeriksa barisan kawad anggota sempena Hari Polis ke-210 di IPD Kuala Langat kelmarin.

 


27 MAC 2017 - BANTING - Dua orang awam antara 16 penerima sijil penghargaan sempena sambutan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kelmarin.

Seorang penerima dari Kampung Permatang Pasir, Hassan Salleh, 52, berkata, penghargaan yang diterimanya itu dianggap sebagai rezeki.

Menurutnya, dia hanya membantu menyalurkan maklumat dan tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan.

“Mula-mula saya terkejut dan tak sangka dapat sijil ni. Apa yang saya dapat ni buatkan saya lebih bersemangat untuk terus salur maklumat kepada polis.

“Saya juga harap masyarakat lain tak kira siapa pun mereka dapat bekerjasama banteras dan kekang jenayah, kalau bukan kita siapa lagi?,” katanya.

Seorang lagi penerima yang juga ahli Community Policing dari Taman Delima, Lim Wei Chien, 30, berkata, pemberian sijil berkenaan menjadi titik semangat untuk terus bantu mengekalkan kesejahteraan komuniti.

“Saya memang suka jalankan aktiviti bersama masyarakat, lebih-lebih lagi bila libatkan soal keharmonian.

“Bagi saya kerjasama polis dan masyarakat sangat-sangat penting. Kita semua nak hidup aman dan selamat...jadi tak rugi kita sumbangkan apa yang termampu untuk jadi mata dan telinga polis,” katanya.

Dalam program berkenaan 14 lagi pegawai dan anggota polis IPD Kuala Langat turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman.

Azizan dalam ucapannya memberitahu program itu diadakan sebagai tanda penghargaan kerjasama antara anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-04-07 09:54:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini237
Jumlah PelawatJumlah Pelawat741248
Total count : 740248 Tarikh Kemaskini18-11-2019