WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Saya teringin pakai kaki palsu

Saya teringin pakai kaki palsu

Sulaiman beramah mesra dengan Siti Fairus selepas menyampaikan kerusi roda.

2 mac 2017 - SIJANGKANG - Kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis banyak mengubah aktiviti harian seorang ibu tunggal.Siti Fairus Jamaluddin, 28, yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Shah Alam, Selangor mengakui tertekan dan tidak dapat menerima kenyataan pada awalnya kerana mempunyai dua anak yang masih kecil berusia 4 serta 6 tahun.Menceritakan keadaannya, setahun lalu memang dia sering mendapatkan rawatan susulan mengubati penyakit kencing manis dan tidak sangka diakhiri dengan kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong pada 21 Februari lalu.

“Dua bulan yang lepas, saya beritahu mak yang saya seperti pening, demam tak sihat, kemudian mak suruh ke hospital untuk buat pemeriksaan.“Masa tu saya tak fikir pun sebab penyakit kencing manis.. tapi lepas doktor bagi tahu kuman dah merebak, mereka syorkan saya membuang kaki sebelah. Masa tu ALLAH saja yang tahu apa perasaan saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sijangkang, semalam.

Dari situlah puncanya Siti Fairus kehilangan kaki kiri dan kini bagi meneruskan kelangsungan hidup dia menumpang sementara di rumah ibunya.“Buat masa ni saya tak kerjalah dan harapkan ibu saya bantu, cumanya saya teringin nak pakai kaki palsu supaya senang saya nak bekerja semula.“Susah tak ada kaki palsu. Nak beli saya tahu harganya mahal, mujur rezeki saya ada apabila Pejabat Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat menyampaikan kerusi roda untuk kegunaan harian saya,” katanya yang sebelum ini terpaksa meminjam kerusi roda daripada kenalan ibunya.

Manakala ibu Siti Fairus, Hadijah Abas, 65, berkata, walaupun terpaksa menyara anak sulungnya itu, dia bersyukur kerana masih larat menjual kerepek untuk menyara keluarganya.Katanya, dia terpaksa menjual kerepek bagi membantu menambah pendapatan lebih-lebih lagi apabila anaknya masih mendapatkan rawatan susulan.Sementara itu, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau berharap bantuan kerusi roda berkenaan dapat meringankan beban dan membantu pergerakan harian Siti Fairus.

Beliau berharap selepas ini hasrat Siti Fairus untuk mendapatkan kaki palsu tercapai kerana dia masih muda dan boleh berdikari.“Apa pun buat sementara waktu kita harap dia tabah dan dapat memanfaatkan kerusi roda yang disampaikan,” katanya.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-03-16 15:13:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini116
Jumlah PelawatJumlah Pelawat691157
Total count : 690157 Tarikh Kemaskini18-07-2019