WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Sasar jual 1,000 kampit beras

Sasar jual 1,000 kampit beras


Zainal ketika merasmikan Pelancaran Baja PPNS sambil diperhatikan Abdul Razak (dua, kanan) dan Pengarah Urusan Era D’Mansion Sdn Bhd, Zainab Sidek (dua, kiri).


23 feb 2017 - KUALA LANGAT - Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) menyasarkan 1,000 kampit beras import dan tempatan dijual dalam tempoh sebulan di 14 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini.Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Tan Sri Datuk Zainal Dahalan berkata, kesemua pusat pengumpulan di negeri ini digunakan bagi tujuan penjualan itu supaya pelanggan dapat membuat pilihan dengan membeli produk tempatan dengan harga lebih murah.Menurutnya, PPNS telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap perniagaan ke bidang pemasaran beras dalam menyahut dasar LPP mengeluarkan makanan yang cukup, halal dan selamat.“Kita mahu yakinkan masyarakat bahawa kita keluarkan produk makanan dengan harga lebih berpatutan dan pelanggan pun mampu beli. “Sebab itu bagi tahun ini, PPNS lebih fokus kepada skop perniagaan yang berorientasikan pengeluaran makanan,” katanya sempena Majlis Perasmian Pelancaran Beras PPNS di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) PPK Kuala Langat Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, semalam.

Zainal berkata, antara beras yang bakal dipasarkan ialah beras super spesial tempatan (5%) dan beras super spesial import (5%).“Kami tawarkan PPNS Super Spesial Tempatan (5%) dengan harga di pasaran RM24.50 sekampit untuk 10 kilogram dan beras Mayang Super Spesial Import (5%) dengan harga RM29.70 bersamaan 10 kilogram dan RM19.90 untuk lima kilogram,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNS, Abdul Razak Khasbollah berkata, beliau berharap semua PPK yang bakal melakukan penjualan dapat menghebahkannya kepada masyarakat tempatan mengenai harga jualan beras berkenaan.“Kita nak rakyat dapat manfaat daripada harga jualan ditawarkan.“Saya yakin jika beras PPNS dapat sambutan menggalakkan ia mungkin boleh ditambah ikut permintaan di setiap PPK di Selangor," katanya.

Dalam pada itu, LPP juga giat menggalakkan pelajar sekolah menengah aktif dalam aktiviti Kelab Tani.Sehingga kini, sebanyak 20 sekolah sudah mengaktifkan projek Kelab Tani di mana mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam.Dalam masa terdekat pula, pihaknya menjangkakan 20 ke 40 sekolah lagi dipilih secara berperingkat untuk program itu.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berharap, masyarakat dapat menghebahkan usaha PPNS memperkenalkan beras dengan harga jauh lebih murah.“Saya mahu masyarakat tular perkara yang baik kepada rakyat, bukan suka-suka hebahkan benda negatif atau yang belum tentu kesahihannya"Sudah tiba masanya penjualan beras murah ini dirasai penduduk terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.“Kita buktikan beras kita bukan saja berkualiti tetapi murah pula, semua rakyat dapat rasa manfaatnya,” katanya.

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-03-16 15:03:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini38
Jumlah PelawatJumlah Pelawat692660
Total count : 691660 Tarikh Kemaskini22-07-2019