WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Sekolah terdedah kepada risiko

Sekolah terdedah kepada risiko

Kawasan semak-samun dan jarak sungai yang terlalu dekat dengan sekolah dikhuatiri mengundang bahaya kepada warga Kafa Integrasi As Syarif.

 

16 Jan 2017 BANTING - Kebanyakan ibu bapa kini lebih selesa memilih sekolah yang mempunyai aliran agama bagi memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Namun, tiada satu pun pihak memandang aspek keselamatan sebagai faktor utama dalam memastikan isu keselamatan di sekolah terpelihara.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa sekolah agama di sekitar Kuala Langat mendapati Kafa Integrasi As Syarif Telok Datok antara sekolah yang terdedah dengan bahaya berikutan kesesakan lalu lintas dan terdapat sungai berhampirannya.

Pengerusi pentadbiran sekolah berkenaan, Zawalajam Mashod berkata, beliau mengakui warga sekolah termasuk ibu bapa bimbang berhubung isu tersebut.

Menurutnya, jarak jalan raya dan sungai terlalu dekat dengan sekolah.

“Bayangkan jarak bangunan sekolah dengan jalan raya utama hanyalah enam meter manakala sekolah dengan sungai pula sejauh 10 meter.

“Saya harap ada usaha mengatasi masalah ini memandangkan sekolah ni pun masih tak ada pengawal keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zawalajam memaklumkan, pelbagai aktiviti luar murid-murid terpaksa dipantau berikutan jarak sekolah yang hampir dengan sungai.

“Kadang-kadang kami lihat murid akan berlari berhampiran semak samun kat belakang sekolah semata-mata  nak tengok aktiviti kapal yang melalui sungai.

“Sebagai pengerusi, saya bimbanglah  kalau ada binatang berbisa kat kawasan mereka bermain,  takut nanti benda lain pula yang jadi.

“Saya harap sangat ada pihak yang sudi bantu...paling tak pun ada usaha nak dirikan tembok dinding nak mengelakkan pelbagai risiko berlaku.

“Tapi saya faham, kadang-kadang kekurangan dana antara faktor yang terpaksa kita hadapi,” katanya.

Laluan sibuk berisiko kemalangan

Zawalajam berkata, buat masa ini sekolah terbabit  tiada pengawal keselamatan berikutan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Saya risau  lokasi sekolah terlalu hampir dengan jalan raya, risiko kemalangan berlaku memang tinggi...ditambah pula laluan ini sentiasa sibuk.

“Ibu bapa juga sukar nak ambil anak-anak mereka berikutan keadaan itu,” katanya.

Mengulas mengenai kos yuran yang dianggap membebankan, pihak sekolah memberitahu yuran yang dikutip masih lagi berpatutan.

Katanya, yuran yang dikenakan juga termasuk yuran khas bagi penyelenggaraan utiliti dan pembersihan kawasan.

“Saya faham isu yuran pernah timbul di mana-mana sekolah Kafa tetapi ibu bapa perlu faham pelbagai perkara sekolah terpaksa tanggung sendiri walaupun Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (Kafa Integrasi) mengguna pakai kurikulum Jais dan Jakim.

“Berbanding Sekolah Rendah Agama (SRA) mengguna pakai sukatan pelajaran dan kurikulum Jais sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelbagai pembangunan dan kemudahan perlu dilaksanakan, tetapi masalah kewangan menjadi halangan.

“Nak pohon kepada ibu bapa pun tak sanggup yuran mahal, barang-barang pun mahal jadi kita usaha cari sumbangan atau peruntukan daripada mana-mana pihak yang sudi demi kepentingan murid di sini,” katanya.

 

*Sumber :- Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2017-01-23 10:54:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini218
Jumlah PelawatJumlah Pelawat741229
Total count : 740229 Tarikh Kemaskini18-11-2019