WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Penduduk teruja sertai sukan sunnah

 


Hafez (kiri) memerhati Sulaiman dan Jefrizal sedang mencuba sukan memanah.

14 Disember 2016

KUALA LANGAT - Lebih 300 komuniti Kampung Batu 9 Kebun Baru menyertai Hari Sukan Komuniti sempena Maulidur Rasul dengan menyertai pelbagai aktiviti termasuk sukan memanah dan berkuda yang diminati oleh Nabi Muhammad SAW.

Lebih menggembirakan penduduk apabila futsal melibatkan 16 pasukan dalam Kampung Batu 9 Kebun Baharu, memancing di parit sekitar dan mengaktifkan sukan memanah serta sukan menunggang kuda turut diadakan sebagai tarikan yang jarang sekali diadakan.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parlimen Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, pihaknya bersetuju membaik pulih gelanggang futsal yang terlalu uzur manakala Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli bersetuju membantu baik pulih jalan masuk ke Surau Nurul Sham.

"Jalan masuk dan gelanggang juga menjadi kegunaan bersama pusat tahfiz Maahad Tahfiz Darul Quran yang menempatkan hampir 70 murid," katanya ketika ditemui pada program bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di sekitar perkarangan Surau Nurul Sham, Jalan Merbok, Batu 9 Kebun Baharu itu.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Langat,  Hafez Shuriddin, Pengetua Mahaad,  Istaz Iqbl  Harun dan Pengerusi JKKP Kampung Batu 9 Kebun Baharu, Saari Rohani turut hadir memberi sokongan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2016-12-14 15:06:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini95
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693792
Total count : 692792 Tarikh Kemaskini24-07-2019