WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

'Perubahan Ada Sebab'

Asuma (berdiri, dua kiri) bersama sebahagian murid SK Bandar yang menerima anugerah kecemerlangan.

25 november 2016

KAMPUNG BANDAR - Format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat dapat melahirkan generasi yang matang dan berilmu.
Pengerusi Kelab Belia Wanita Muda Kuala Langat, Asuma Beevi Mohamed Sali berkata, ibu bapa dan guru diharapkan tidak memandang negatif terhadap perubahan itu.
“Saya anggap ia adalah sesuatu yang positif di mana hari ini kita hasilkan pelapis-pelapis yang lebih berkualiti berbanding sebelum ini. Potensi murid mampu ditingkatkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
“Dan saya rasa kemungkinan murid dan guru perlukan lebih masa untuk sesuaikan diri dengan sistem baru ni di mana hanya 1.11 peratus calon berjaya mendapat semua A,” katanya.

Menurutnya, unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu persediaan yang baik bagi anak-anak menguasai kemahiran berfikir di luar kotak untuk menghadapi dunia pendidikan pada masa akan datang.

“Bagi saya perubahan yang berlaku sebenarnya ada sebab, guru-guru dan ibu bapa terutamanya perlu yakin dengan apa yang dirancang oleh pihak terlibat," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali ke-42 dan Konvokesyen Pra Sekolah 2016 di Dewan SK Bandar.

Asuma berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada sekolah berkenaan kerana masih terdapat murid yang cemerlang walaupun seorang sahaja mendapat keputusan 5A 1B.

“Semua ibu bapa, guru-guru dan komuniti perlu sama-sama berusaha menaikkan imej SK Bandar ke peringkat lebih tinggi. Bukan saja dari segi akademik kerana apa yang saya tahu sekolah ni dah lakar kejayaan dari pelbagai aspek kurikulum dan kokurikulum.

“Contohnya dah masuk dalam senarai ke pertandingan akhir Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Saya harap mereka boleh menang sebab sudut informasi tentang dadah di sini agak unik dari sekolah-sekolah lain," katanya.

 

Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2016-11-29 15:01:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini95
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693792
Total count : 692792 Tarikh Kemaskini24-07-2019