WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Suami mahu isteri, anak pulang

Suami mahu isteri, anak pulang

Ching Soi menunjukkan salinan laporan polis dan gambar isteri dan empat orang anaknya bersama Abdullah Sani (kanan) dan Ahli Majlis MDKL, Thomas Lim di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat, semalam.

BANTING - Bimbangkan keselamatan isteri dan empat anak yang dipercayai keluar dari rumah di Telok Panglima Garang, sejak Ahad lalu, seorang suami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, bagi mengesan mereka.

Ang Ching Soi, 51, berkata, isterinya Suriani, dikahwini pada 2008 selepas dia bercerai dengan isteri pertamanya dan mereka dikurniakan empat anak perempuan berusia dua hingga tujuh tahun.

“Isteri saya bukan jenis suka ke sana sini sebelum ni.

“Kami hidup bahagia dan tak sangka dia keluar rumah tanpa bagi tahu saya, sedangkan kami tak ada berselisih faham pun,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat, semalam.

Ching Soi yang mengahwini wanita dari Medan, Indonesia, itu sudah lebih 20 kali pulang ke kampung isterinya bersama keluarga dan tiada masalah yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Menurutnya, jika adapun mungkin isterinya cemburu kerana dia pernah menghubungi seorang wanita di hadapannya atas urusan kerja.

“Jika itu yang menjadi punca, saya minta maaf sebab saya masih sayangkan dia. Cuma saya tak sedap hati bila hubungi saudara isteri, maklumkan saya tak jaga kebajikannya dan anak-anak.

“Saya harap sangat isteri dan anak-anak pulang sebab tak tahu mereka ikut siapa, cukup makan atau tak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan bagi mengesan isteri dan empat anak Ching Soi agar kembali ke pangkuannya.

Menurutnya, beliau percaya siasatan terperinci akan dijalankan dan meminta mana-mana pihak menyebarkan maklumat ini dan memaklumkan kepada pihak polis berhampiran jika ada maklumat berkaitan.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2016-08-01 11:23:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini36
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748446
Total count : 747446 Tarikh Kemaskini08-12-2019