WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Sebak tatap keputusan SPM anak


 
 
Sebak tatap keputusan SPM anak
 
BANTING - Pasangan suami isteri yang menjual air tebu di pasar malam sekitar Banting tidak dapat menahan sebak apabila anak bongsu mereka, Mohd Radzi Solihan, mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Pengetua Sekolah Menengah (SM) Sains Banting, Kamaludin Taib, semalam.
 
Rukinah Salim, 60, berkata, dia menitiskan air mata apabila nama anak bongsunya dipanggil ke pentas apabila nama tersenarai dalam pelajar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.
 
Menurutnya, dia menganggap usaha gigih bersama suaminya, Solihan Hasan, 66, menjual air tebu sejak 30 tahun lalu terbayar apabila anak lelakinya mendapat keputusan cemerlang.
 
“Makcik hanya minta dia berdoa dan mengaji setiap kali waktu solat supaya diberikan hati yang tenang untuk terima ilmu.
 
“Kami bukanlah keluarga yang senang dan hanya berniaga di pasar malam empat kali seminggu.
 
“Tu pun kalau cuaca baik, dapatlah makcik dan pakcik rezeki lebih, kalau tak, pendapatan kami tak seberapa..,” katanya yang hadir sama melihat keputusan anaknya.
 
Bagi Solihan pula, dia turut menganggap keputusan anaknya adalah restu pihak sekolah terutama guru yang membimbing anaknya terus berjaya.
 
Katanya, walaupun dia sudah berumur tetapi masih meneruskan kerja berniaga menjual air tebu untuk memberi pendidikan terbaik buat anak-anaknya.
 
“Lepas ni pakcik kena usaha lebih sikit untuk tambah pendapatan sebab Radzi bakal melanjutkan pendidikan ke universiti pula.
 
“Macam mana susah pun kami, kami nak tengok anak-anak berjaya... itu harapan kami walaupun jual air tebu saja. Itu sudah bantu kami mendapat rezeki yang halal,” katanya yang tinggal di Kanchong Darat, Banting.
 
Mohd Radzi berkata, dia antara 34 pelajar SM Sains Banting yang mendapat semua A dalam SPM, semalam.
 
"Tiap-tiap pagi saya telefon mak, mak akan doa.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, permudahkan urusan anak ku menjawab peperiksaan dengan tenang...Amin.
 
“Kalau setiap pagi saya telefon sebelum masuk dewan peperiksaan, hari-hari tu juga mak akan doa yang sama walaupun melalui telefon hingga peperiksaan hari terakhir selesai,” katanya.


Sumber : Sinar Harian online

Kemaskini pada 2016-05-26 16:34:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini40
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748450
Total count : 747450 Tarikh Kemaskini08-12-2019