WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Ibu muda dapat perhatian

Ibu muda dapat perhatian

 
KUALA LANGAT - Puteri Umno Bahagian Kuala Langat sentiasa cakna dan peka dengan masalah dihadapi masyarakat setempat terutama ibu-ibu muda yang kurang berkemampuan.
 
Bagi meringankan beban ditanggung, pihak berkenaan tampil menghulurkan bantuan sekali gus membuktikan keprihatinan mereka terhadap kesukaran dilalui ibu-ibu tersebut membesarkan anak.
 
Ketuanya, Asuma Beevi Mohamed Sali berkata, setiap tahun pihaknya akan memastikan penerima bukan orang yang sama menerima bantuan lain, malah jika sama sekalipun mereka adalah daripada keluarga yang benar-benar susah.
 
“Memandangkan banyak pihak yang anjur program Back To School, kita cuba sedaya-upaya pastikan penerima yang dipilih tidak bertindih dengan bantuan-bantuan lain supaya dana yang ada dapat dibahagikan kepada seramai mungkin.
 
“Program ni merupakan aktiviti tahunan, cuma kali ini kita ambil pendekatan berbeza untuk menghantar terus ke rumah 100 penerima tersebut,” katanya yang mengambil kira faktor kesihatan, kewangan dan untuk memudahkan penerima.
 
Asuma berkata, mengambil kira faktor dan kewangan penerima beliau percaya, pendekatan sedemikian adalah lebih baik sekali gus memudahkan mereka.
 
Menurutnya, bantuan susulan mungkin ada tetapi bukan dari segi keperluan sekolah, sebaliknya lebih kepada menyediakan platform untuk ibu-ibu muda ini mempelajari kemahiran agar dapat meningkatkan ekonomi keluarga.
 
“Saya percaya memberi pancing lebih baik daripada memberi ikan. Jadi, besar harapan saya tahun ini penerima tidak lagi berada di dalam senarai bantuan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-27 11:54:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini3
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693700
Total count : 692700 Tarikh Kemaskini24-07-2019