WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Selangor tangguh lesen penjualan vape

Selangor tangguh lesen penjualan vape

 
KUALA LANGAT - Kerajaan Selangor menangguhkan pembaharuan dan permohonan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu sehingga keputusan sama ada ia diharamkan atau sebaliknya diumumkan.
 
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan diarah menghentikan sementara serbuan ke atas premis-premis penjualan vape di seluruh Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Dr Daroyah Alwi.
 
Beliau berkata, penangguhan itu berkuat kuasa 1 Januari lepas kerana kerajaan Selangor masih mengumpulkan maklumat mengenai vape dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat.
 
"Kita masih berbincang mengenai isu ini dan sedang mengumpulkan maklumat berkaitan bagi memastikan ia mencakupi segenap faktor serta implikasinya kepada masyarakat.
 
"Langkah ini adalah untuk memastikan keputusan yang akan dibuat dapat menjaga kepentingan semua pihak dan adil," katanya kepada pemberita ketika mempengerusikan bengkel khas bagi membincangkan isu penjualan vape di sini, hari ini.  
 
Bengkel selama tiga hari bermula semalam itu disertai wakil-wakil dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan.
 
Dr Daroyah berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk mengumumkan keputusan itu namun, menegaskan ia akan dibuat setelah semua pihak terlibat berpuas hati dengan sesi perbincangan yang dijalankan.
 
Walaupun beberapa negeri lain telah mengharamkan penjualan vape baru-baru ini, katanya, kerajaan Selangor masih memerlukan masa dan tidak akan terburu-buru membuat keputusan tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak.
 
"Menerusi bengkel perbincangan hari ini, segala maklumat yang kita dapat akan dirumuskan dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dibentang dan diteliti.
 
"Hasil pembentangan itu kemudian akan diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)," katanya.  - Bernama

Kemaskini pada 2016-05-26 16:34:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini43
Jumlah PelawatJumlah Pelawat730418
Total count : 729418 Tarikh Kemaskini19-10-2019