WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Jalan rosak teruk seperti kolam ikan

Jalan rosak teruk seperti kolam ikan


 
 
 
 
KUALA LANGAT - “Mentang-mentanglah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tak turun jalan ni, maka pihak itu hanya buat kerja macam nak tak nak saja,” demikian rungutan penduduk Kampung Lombong, Samad Kassim, 50, terhadap isu jalan rosak di kampung berkenaan.
 
Menurutnya, jalan berlubang yang sebelum ini hanya bersaiz sebesar kawah kini boleh digambarkan seperti kolam ikan apabila ia makin teruk ditambah cuaca hujan yang tidak menentu.
 
Laluan rosak katanya di sepanjang jalan menghubungkan pengguna dari Kampung Lombong dengan Kampung Seri Aman termasuk di bawah Lebuh raya Elite.
 
Samad berkata, sebelum ini, aduan pernah disiarkan akhbar, ada pihak yang datang menampal jalan namun tidak sampai seminggu ia rosak lebih teruk daripada sebelumnya.
 
“Dulu di Kampung Jaya Sepakat alami masalah sama, bila MB datang bukan main elok jalan itu diturap tapi lihatlah jalan di bawah Lebuh raya Elite dah macam kolam ikan,” katanya. 
 
Dia mendesak keprihatinan pihak berkenaan terhadap masalah tersebut.
 
Katanya lagi, penduduk antara kedua-dua Kampung Lombong dan Kampung Seri Aman menggunakan laluan itu sama ada untuk ke Puchong, Saujana Putra, Klang atau Shah Alam.
 
“Disebabkan harga tol naik, mereka guna jalan ini untuk elak lalu lebuh raya, kasihanilah penduduk miskin, mereka tiada jalan alternatif lain, tengoklah keadaan anak-anak ke sekolah kepala mereka terlentok kiri dan kanan ketika lalui jalan rosak.
 
“Tolonglah cari alternatif... asyik bagi jawapan tak ada peruntukan, kami dah malas nak dengar,” katanya lagi.
 
Lebih dikesalkan katanya, pihak yang kononnya datang membaiki besi pengadang di bawah laluan lebuh raya sebelum ini melaksanakan kerja secara tidak sempurna.
 
Ada antara besi pengadang yang dibiarkan ‘terkulai’ di tebing sungai tanpa diperbaiki, keadaan itu katanya boleh menyebabkan kenderaan terjerumus masuk ke tebing sungai sekiranya terbabas.

Kemaskini pada 2016-05-26 16:34:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini3
Jumlah PelawatJumlah Pelawat693700
Total count : 692700 Tarikh Kemaskini24-07-2019