WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Murid Kafa diancam hakisan tebing

 
Murid Kafa diancam hakisan tebing



TELOK DATOK - Murid Sekolah Kafa Integrasi As Syariff, Telok Datok terdedah bahaya apabila projek bina tebing sungai bagi mengelak hakisan disiapkan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.
 
Pengerusi Pentadbirannya, Zawalajam Mashod berkata, projek membina tebing telah dimulakan sekitar dua bulan lalu dan siap sepenuhnya.
 
Menurutnya, sepatutnya selepas siap projek berkenaan, pihak kontraktor menaikkan tembok sebagaimana dimaklumkan kepada pihak sekolah.
 
“Tapi, sebaik sahaja siap mereka tak dapat siapkan tembok berkenaan dan murid terdedah dengan bahaya tidak sampai 50 meter dari sungai.
 
“Pihak sekolah sudah beberapa kali memaklumkan kepada pihak kontraktor, namun mereka tetap beri alasan tidak dapat pembayaran selain tidak dapat wang pusingan modal,” katanya kepada Sinar 
 
Harian. Ketua Guru, Mufidah Masroni berkata, perkara ini juga sudah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun tiada jawapan juga.
 
Sehingga kini pihak Kafa mengambil inisiatif sendiri meletakkan tali amaran dan sentiasa membuat pemantauan ke kawasan berhampiran bagi mengelak murid berada di kawasan tersebut.
 
“Kami bimbang jika murid bermain di kawasan ini hingga menyebabkan kemalangan.“Setiap masa saya akan arahkan guru awasi murid sebab bimbang mereka akan ke kawasan tebing 
 
sungai,” katanya.Mufidah berkata, beliau dimaklumkan tembok akan dibina seperti dijanjikan tetapi tidak tahu bila dan berharap ia dapat disegerakan.“Selain itu, saya tak nafikan lokasi sekolah juga agak kurang sesuai sebab berhampiran selekoh 
 
dan amat bahaya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau telah meninjau kawasan  yang disuarakan dan ternyata amat berbahaya.
 
Katanya lagi, beliau mendesak pihak bertanggungjawab membina segera tembok seperti dijanjikan dan jangan beri alasan tiada pusingan modal kerana ia mengancam keselamatan murid.
 
“Garisan amaran itu boleh dilihat di luar pagar sekolah dan perlu diberi perhatian segera susulan pihak sekolah sudah beberapa kali menghantar permohonan.
 
“Saya harap sangat segera diambil tindakan dan saya sendiri akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang terlibat untuk ambil tindakan,” katanya.
 
Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Langat juga digesa supaya menyediakan peruntukan khas bagi pembinaan tembok sekiranya perlu bagi mengelak murid terdedah kepada bahaya.

Kemaskini pada 2016-05-27 11:58:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini36
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748446
Total count : 747446 Tarikh Kemaskini08-12-2019