WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T

 

   
jata
Selangor title                                                                              
Soalan Lazim
 


 

Hubungi
Kami 

 


 


Aduan dan
Maklum Balas

 


 


Peta Laman
 

Kenaikan kadar tol tak munasabah




 
BANTING - Kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dan 12 daripadanya di Lembah Klang sememangnya mendapat tanggapan negatif daripada pemimpin generasi muda.

Bagi Ketua Pemuda Pas Kuala Langat, Hairul Nizam Tohar berkata, kenaikan kadar tol adalah tidak patut dengan kesengsaraan rakyat yang sedang berdepan dgn GST, kenaikan harga minyak dan lain-lain tekanan yang diberikan oleh kerajaan.
 
Menurutnya, selain dari kita sedang berada dalam krisis mata wang yang parah, kehidupan rakyat dilihat semakin tersepit.
 
“Saya secara peribadi merasakan kerajaan BN tidak prihatin dengan situasi rakyat menyebabkan rakyat khususnya anak muda semakin benci dengan kerajaan.
 
“Pendekatan menaikkan harga tol ini sangat tidak munasabah dalam keadaan pendapatan isi rumah negara semakin menyusut,” katanya.
 
Setiausaha Parti Amanah Negara Kuala Langat, Mohd Syazli Mahmud pula berkata, kenaikan harga tol hanya membebankan rakyat.
 
“Tindakan menaikkan kadar tol ini juga jelas menunjukkan kerajaan pusat tidak mengotakan akujanji mengurangkan kadar tol seperti yang dilaungkan ketika PRU 13.
 
“Manakala pendekatan Menteri Besar Selangor untuk berbincang dengan PKNS dan KPS bersama syarikat konsesi lebuh raya adalah satu langkah yang baik bagi mendengar, meneliti dan menyatakan pendirian atas kenaikan tol yang berlaku walaupun hanya memegang saham minoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya Kesas dan Sprint,” katanya yang memberi pandangan mengenai tindakan MB memanggil mesyuarat khas lembaga pengarah bagi kedua-dua konsesi berkenaan.
 
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Kuala Langat, Asuna Beevi Mohamad Sali pula tidak menafikan kenaikan tol baru-baru ini memang membebankan rakyat apatah lagi anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur.
 
Namun, sebagai pencerahan, keputusan untuk menaikkan tol yang dibuat bukan secara tiba-tiba, tetapi adalah kenaikan yang telah dijadualkan atau berkala.
 
“Penjimatan daripada subsidi yang telah dijimatkan oleh kerajaan akan dikembalikan semula dalam bajet 2016.
 
“Besar harapan saya bajet kali ini lebih mesra rakyat agar dapat membantu rakyat terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat hari ini,” katanya ringkas.
 
Asuna percaya anak-anak muda yang baru mahu menapak dalam membina kehidupan perlukan dorongan dari segi sosioekonomi agar mereka tidak tercicir dalam pencapaian status negara maju kelak.
 
Katanya, perkara ini sememangnya memerlukan sokongan semua pihak supaya mereka ini tidak ketinggalan.

Kemaskini pada 2016-05-27 12:07:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT  
 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Sri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my



 

Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |

 

Hari IniHari Ini40
Jumlah PelawatJumlah Pelawat748450
Total count : 747450 Tarikh Kemaskini08-12-2019